Kedai Baiki TV Murah di Seremban | Minggu lepas TV di rumah buat hal pulak. Anak anak on saja tv boleh tengok sekejap saja lepas tu TV tu keluarkan bunyi nyaring. Dua hari berturut-turut jadi benda yang sama. Penyudahnya Mimi suruh anak anak off sahaja tv tu jangan tengok lagi. Memang sah rosak. Beritahu suami tv di rumah rosak tak boleh nak tengok lagi.
Minggu lepas suami duk survey dalam internet tempat baiki tv murah di kawasan Seremban. Cari punya cari, dia jumpa satu kedai baiki tv murah di Seremban. Kebetulan hari Jumaat lepas suami tak kerja, jadi dia yang hantar tv tu untuk dibaiki.
Kedai Baiki TV Murah di Seremban
Suami Mimi deal melalui whatsapp saja. So, owner kedai minta hantar saja di kedainya. Dah siap nanti dia akan maklum. Sabtu pagi tu, suami keluar hantar pergi Karate. Dia whatsapp suruh Mimi bersiap ikut dia ambil tv yang siap dibaiki. Wah cepat sungguh siapnya kan.
Kedai baiki tv murah di Seremban ni terletak di Oakland, Seremban 2. Alamat kedai seperti tertera di bawah.
Kedai baiki tv murah ni terletak di tingkat 1 rumah kedai. Dari ground floor boleh nampak bunting yang di sangkut pada tiang batu dan depan pintu grill.
Bila masuk saja kedai baiki tv murah ni mata memang dijamu dengan deretan tv yang disusun di rak rak. Memang banyaklah. Ruang bekerja untuk baiki tv pun tak besar mana. Masa kami sampai kedai baiki tv tu pun ada pelanggan lain yang baru sampai.
Sebelum ambil tv, owner kedai akan test dulu tv depan kita. Bila kita dah puas hati, baru dia akan serahkan resit bayaran untuk kita buat bayaran penuh.
Mesti korang nak tahu kan apa kerosakan pada tv Mimi tu. Bila dah hantar baiki baru tau powerboard tv tuh rosak. Harga untuk baiki powerboard yang rosak ialah RM250. Bagi Mimi cukup murah dah tu. Survey kedai lain ada lagi mahal dari ni.
Bila powerboard rosak faham fajam sajalahkan, kerja anak anaklah. Biasalah bila ada anak kecil ni kan. Dia main tutup tv terus pada suis on off tanpa menggunakan remote control. Bertabah sajalah Ummi dia ni. Sayang tau tv tu. Dah sama usia dengan perkahwinan Mimi, 11 tahun. Yela tv tu Mimi beli menggunakan gaji pertama bekerja di kerajaan. Mahu tak sayang. Selagi boleh guna kita guna.
Bila powerboard rosak faham fajam sajalahkan, kerja anak anaklah. Biasalah bila ada anak kecil ni kan. Dia main tutup tv terus pada suis on off tanpa menggunakan remote control. Bertabah sajalah Ummi dia ni. Sayang tau tv tu. Dah sama usia dengan perkahwinan Mimi, 11 tahun. Yela tv tu Mimi beli menggunakan gaji pertama bekerja di kerajaan. Mahu tak sayang. Selagi boleh guna kita guna.
Buat korang yang menetap di kawasan Seremban dan mengalami kerosakan tv serta mencari cari kedai baiki tv murah korang boleh dating ke kedai seperti berikut :
Baiki TV Seremban ( (Dzal (M) Sdn Bhd )
Alamat :
No.151, 1st Floor,
Lorong haruan 5/5, Oakland Commerce Square,
70300 Seremban, Negeri Sembilan
No. telefon : 016-6392737