Positif Hamil? 6 Perkara Ini Perlu Dilakukan Setelah Postif Hamil | Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga pasti inginkan zurait sebagai pengikat kasih sayang antara mereka selain daripada menceriakan suasana rumahtangga.
Bila period tak datang, kita yang sebagai isteri mesti tak sabar nak beli UPT untuk check sama ada kita positif hamil atau tidak. Mimie dulu pun macam tuh tau. Perasaan tu tak tergambar dengan kata-kata. Risau, cuak, cemas semua rasa jadi satu. Bila kita uji urin pada alat mengesan kehamilan dan naik dua line mestilah kita happy betul tak? Jadi, bila positif hamil, apa tindakan yang perlu dilakukan? Jom sama-sama kita semak 6 perkara yang perlu dilakukan setelah positif hamil.
6 Perkara Ini Perlu Dilakukan Setelah Positif Hamil
Bila disahkan positif hamil takkan nak diam seribu bahasa. Mestilah kena kongsi bertlita gembira dengan pasangan, betul tak? Jika ini merupakan kehamilan yang pertama, apa kata buat kejutan kepada pasangan. Kalau ada anak anak yang lain, boleh juga sertakan mereka sekali dalam kejutan untuk umum berita gembira ini. Siapa yang tak gembira nak terima orang baru.
Mimie sendiri pun setiap kali positif hamil akan beritahu suami dengan tunjuk alat ujian mengesan kehamilan.
2. Daftar Buku Pink di Klinik
Bila disahkan hamil, apa yang harus dilakukan ialah pergi ke klinik segera untuk daftar kehamilan supaya jururawat dan doktor boleh memantau kandungan serta memastikan semua dalam keadaan yang baik. Ada sesetengah klinik, doktor akan suruh ambil ujian kehamilan sekali lagi, melakukan sonogram dan ujian darah bagi mengesahkan kehamilan.
Namun ada juga sesetengah klinik terutamanya klinik kesihatan yang perlu di "book" tarikh untuk daftar buku pink. Perlu diingatkan, ketika ingin daftar buku pink perlu bawa salinan kad pengenalan sendiri, pasangan dan salinan sijil nikah. Bagi kehamilan kali kedua dan seterusnya perlulah bawa buku pink kehamilan yang sebelum.
3. Ambil Vitamin Pranatal
Bila dah daftar buku pink, jururawat akan membekalkan pelbagai vitamin untuk ibu ibu yang hamil. Vitamin parantal yang dibekalkan mengandungi vitamin, mineral, besi dan kalsium yang sangat penting untuk tumbesarab bayi di dalam kandungan.
4. Pilih Makanan Berkhasiat Untuk Kandungan
Semasa hamil, sangat penting bagi ibu ibu mempunyai diet yang sihat dan sihat untuk tumbesadab bayi. Perlu diingatkan, ibu yang hamil mestilah mengelakkan makanan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi, garam dan lemak. Jika tidak mengawal pemakanan sepanjang kehamilan dikhuatiri akan mendatangkan penyakit serta kemudaratan kepada ibu yang boleh memberi kesan kepada bayi yang dikandung.
5. Muat Turun Aplikasi Kehamilan
Zaman teknoligi yang canggih kini, ibu ubu hamil boleh muat turun aplikasi kehamilan di telefon pintar. Pergi saja ke Play Store atau Google Play atau Apple Store. Ada pelbagai jenis aplikasi kehamilan yangbboleh dimuat turun. Pada setiap aplikasi juga ada berkongsi dan diberikan gambaran tumbesaran bayi, makanan berkhasiat yang perlu diambil, senaman yang sesuai untuk ibu hamil serta tips dan panduan buat ibu hamil.
6. Elakkan Buat Kerja Yang Berat dan Membebankan
Selalunya ibu ibu hamil dinasihatkan untuk berehat secukupnya dan mengelakkan daripada melakukan kerja kerja berat serta membebankan. Ia bagi memastikan tahap kesihatan ibu hamil di aras yang baik. Sekiranya ibu hamil melakukan kerja berat dan membebankan pasti akan memberi kesakitan, kecederaan mahupun kemalangan kecil kepada si ibu yang boleh memberi kesan kepada bayi di dalam kandungan.

Pastikan sepanjang tempoh kehamilan dengar nasihat yang diberikan oleh jururawat dan doktor supaya kandungan membesar dengan sihat, ibu juga mempunyai kesihatan yang baik dan segala urusan ketika bersalin nanti berjalan dengan lancar dan selamat.