LAGU IRAMA MALAYSIA / ETNIK KREATIF
SEMAKIN KETANDUSAN
Embah Jid Mahu Memberi Nafas Baru di dalam Irama Malaysia Pada Era 2020 | Hai korang! Siapa kat sini suka dengar lagu Irama Malaysia. Mimi pun suka dengar lagu lagu Irama Malaysia siap susunan lirik dan lagunya lembut dan sedap di dengar. Mimi suka lagu lagu ciptaan komposer bergenre Irama Malaysia iaitu Allahyarham Pak Ngah. Nak nak lagu ciptaan beliau mendapat perhatian penyanyi Noraniza Idris dan Dato' Sri Siti Nurhaliza.
Lagu yang Mimi ingat dan suka dengar sampai sekarang ni ialah Hati Kama, Dikir Puteri, Cindai, Balqis dan banyak lagi lah. Memang terasa meriah tau dengar lagu lagu Irama Malaysia ni. Kalau ada Anugerah Muzik Muzik yang mempertaruhkan lagu lagu Irama Malaysia memnag Mimi suka tengok sebab meriah dengan tarian yang cantik, susunan lagu yang sedap didengar dan pentas penuh dengan meriahlah.
Tapi sekarang ni sedih sangat sebab Irama Malaysia dipandang sepi dan tak dapat tempat di hati anak muda masa kini. Mimi pergi mana mana semua sibuk duk menyanyi lagu K-Pop. Kadang apa diorang nyanyi pun Mimi tak faham. Hehehe. Berbezakan dulu dan kini? Kadang terfikir mana silapnya sampai Irama Malaysia dipandang sepi macam tu saja. Macam tak berharga. Risau juga takut anak muda sekarang semakin jauh dengan budaya kita.
Bagi Mimi lagu Irama Malaysia perlu diperjuangkan agar ia tidak lapuk ditelan zaman. Macam mana kita nak teruskan irama ini hkdup dalam hati? Sama sama kita renungkan.
Bercakap mengenai Irama Malaysia ni ada seseorang yang ingin memperjuangkan irama ini agar tidak terus dilupai. Siapakah orang yang Mimi maksudkan? Tak lain tak bukan ialah Embah Jid.
SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK???
Nama penuh Embah Jid ialah Encik Majid bin Rawino dan beliau merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Beliau meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra "TOK JID" oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar "EMBAH JID".
**Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk. Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang.
**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah
Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu "Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru" .
PROFIL EMBAH JID
-YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga -
-Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga -
- Penerus Zapin Lenga dan Teracap Inai -
-Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL -
-Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga -
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 -
Embah Jid sangat aktif meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Jadi, oleh kerana minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu "Joget Kuasa Cinta". Tak sabar pula nak dengar single pertama Embah Jid ni. Mesti happening!
LAGU "JOGET KUASA CINTA" TARUHAN EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA
Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada.
Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah.
Wah teruja Mimi bila dapat timba ilmu mengenai tarian. Rupanya setiap gerak teri tarian ada maksud yang tertentu. Mimi harap lagu joget Embah Jid bakal memberi impak dalam industri muzik dan menjadi siulan di kalangan belia muda.
Wah teruja Mimi bila dapat timba ilmu mengenai tarian. Rupanya setiap gerak teri tarian ada maksud yang tertentu. Mimi harap lagu joget Embah Jid bakal memberi impak dalam industri muzik dan menjadi siulan di kalangan belia muda.
PROFIL EMBAH JID :