SURYA S GREAT GRAIN MINUMAN MULTI-BIJIRIN BEKALKAN TENAGA DAN RASA KENYANG SEPANJANG HARI | Dulu kan Mimi ingat lagi kalau sarapan malas nak makan berat berat Mimi minum minuman bijirin 3 in 1. Sebab senang nak sediakan. Koyak bungkusan masuk dalam cawan, buh susu sikit tuang air minum terus. Tapi tuhlah sampai tengahari perut lapar semula. Tapi rasa manis tu tetap ada. Bukan manis semulajadi. Sebab ada kandungan gula kan.
Bila umur makin meningkat ni Mimi duk mencari minuman multi-bijirin yang tak ada kandungan gula dan yang penting perut kenyang sepanjang masa. Cari punya cari, jumpalah SURYA S GREAT GRAIN MINUMAN MULTI-BIJIRIN BEKALKAN TENAGA DAN RASA KENYANG. Mimi beli dekat Watsons je wei. Tapi jenuh jugaklah dua tiga Watsons cari tapi tak ada. Eh laku keras pulak Surya S Great Grain ni kan?
BAHAN KANDUNGAN SURYA S GREAT GRAIN
Untuk pengetahuan koranglah kan, minuman multi-bijirin Surya S Great Grain ni mengandungi bahan semulajadi yang terdiri daripada 18 bijirin berkhasiat iaitu beras merah, kacang merah, kacang hijau, benih coix, biji bunga teratai, biji rani beras perang, jagung, kacang soya, gandum, sekoi, bijan hitan, kacang walnut, kernel aprikot, kacang hitam, benih cia dan beras pulut. Ia juga mengandungi campuran 5 makanan sunnah iaitu Habbatus Sauda, Zaitun, Delima, Buah Tin dan Madu di mana ia menpunyai nutrien yang komprehensif termasuklah karbohidrat yang baik, protein, serat makanan, vitamin dan antioksidan menjadikannya pilihan terbaik buat korang yang nak mulakan rutin harian korang dengan baik.
Korang dah puasa 6 atau puasa ganti belum? Hah kalau belum lagi baru nak mula puasa, apa kata korang amalkan minum Surya S Great Grain semasa sahur nanti. Gerenti kenyang dan full saja perut korang sampai berbuka. Bukan sahaja bagus diamalkan untuk berpuasa tau tapi kalau korang yang mana plan nak diet secara sihat boleh juga amalkan Surya S Great Grain ni. Sepanjang Syawal dah makan macam macam dah tiba masa diet untuk singkirkan segala lelemak dalam badan. Amalkan minum multi-bijirin waktu sarapan akan buat korang kenyang sepanjang hari di samping membekalkan tenaga pada korang seharian.
Surya S Great Grain juga boleh dijadikan minuman untuk seisi keluarga dan buat kita ibu ibu yang ingin memberi nutrisi yang baik untuk anak anak. Buat korang ibu ibu yang mengandung dan ibu yang menyusukan bayi bagus minum Surya S Great Grain ni. Ia juga bagus diamalkan untuk mengelak penyakit seperti kolesterol, obesiti dan pelbagai lagi.
PENDAPAT MIMI MENGENAI SURYA S GREAT GRAIN
Masa mula mula minum tu Mimi macam tak boleh nak masuk sebab bancuh dengan air suam. Nak bagi nampak selera untuk minum Mimi simpan dalam peti sejuk bagi sejuk. Bila sejuk baru gagah minum. Tapi bila dah masuk peti sejuk kena kacau tau sebab ia mendap ke bawah. Memang bila amalkan minum Surya S Great Grain ni memang rasa kenyang tau. Nak makan lain pun tak lalu sebab perut rasa penuh. Rasa Surya S Great Grain ni tawar tau korang tak ada rasa gula langsung. Then, korang akan terasa kacang merah dan beras merah tu lebih dari bahan yang lain. Tapi okaylah minuman ni. Taklah langsung tak boleh minum. Nak nak Mimi jenis tak suka manis boleh saja telan tapi kena masuk peti sejuk dulu lah.
Korang boleh dapatkan Surya S Great Grain ni di semua cawangan Watson, cawangan Himalaya dan farmasi tempatan yng berhampiran dnegan korang atau boleh juga beli secara online di Shopee dan Lazada.
Untuk info lanjut, boleh layari :
Shopee :
Facebook : https://www.facebook.com/Surya.Malaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/surya.malaysia/