6 SEBAB ELISE EDITION JOVI JADI PILIHAN HATI | Sejenis dak Mimi ni kalau beli barang memang sangat pentingkan kualiti tau. Tak kisahlah harga murah ke mahal ke tapi kalau kualiti bagus dan tip top memang dak Mimi suka. Kalau mahal sanggup ku harungi lautan api nak dapatkan apa yang dak Mimi nak. Sebab apa? Of course lah sebab kualiti! Tapi kebanyakannya yang berkualiti itu harga mestilah mahal kan. Ada juga kategori mampu milik.
Antara barang yang Mimi sangat pentingkan kualiti dan tahan lasak ialah wallet. Tak kisahlah harga cecah 3 angka asalkan dak Mimi puas hati! So, puasa hari tu sempatlah cuci mata tengok wallet sebab nak gantikan wallet sedia ada. Masih okay lagi tapi nak ubah angin melaram pakai wallet baru. And yes Sabtu baru ni sampai tapi tak sempat nak belek sebab nak beraya. Semalam baru sempat u boxing dan belek. Wallet baru yang Mimi beli ni ialah Elise Edition dari JOVI. Nak tahu 6 sebab kenapa Mimi beli wallet dari JOVI ni? Eh rajinkan diri baca okay! Rajin baca dapat info best malas baca habuk pun tarak!
100% Kulit Lembu Tulen - Kulit Halus yang Mewah
Kan dah cakap sejenis dak Mimi sangat penting kualiti sesuatu barang yang dibeli. Thats why Mimi pilih wallet dari JOVI. 100% diperbuat daripada kukit lembu tulen okay! Bukan kulit buaya bukan juga kulit ular. Kulit lembu! Walaupun melibatkan kos yang sangat tinggi dan susah nak cari tapi Mimi salute team JOVI sebab mereka berjaya cari pemilihan kulit lembu yang terbaik okay! Buat apa dorang bersusah payah cari kulit lembu terbaik kenapa tak pilih je kulit lembu Pak Seman sebelah kampung ye tak? Ishhh mestilah team JOVI mementingkan kualiti kepuasan pelanggan dan yang penting untuk pastikan ketahanan dan mengekalkan rupa asal wallet itu sendiri.
Sebelum ni Mimi ada share dengan korang keistimewaan wallet JOVI yang Mimi beli sebelum ni. Korang yang belum baca sila klik tajuk di bawah. Yang ingat ingat lupa sila baca semula untuk refresh balik otak korang apa istimewanya wallet JOVI ni.
Hah dah baca? Sama macam ciri yang ada pada wallet Mimi sebelum ni, wallet Elise Edition JOVI ni juga ada ciri RFID Anti-Kecurian untuk melindungi duit dan kad yang berkepuk dalam wallet tu. Macam Mimi ciri wallet macam ni memang jadi pilihan sebab sejenis yang banyak kad. Kad bank, kad kredit, kad pengenalan sendiri, my kid anak anak dan macam macam lagi. Sebab tu wallet macam ni sesuai dipakai sebab ia mempunyai ciri RFID yang menghalang dan membantu melindungi kita daripada sebarang jenis kecurian tertentu terutamanya kegiatan RFID skimming. Hei! Sekarang ni banyak jenis bentuk kecurian dan penipuan okey! Kadang tak terjangkau dek fikiran kan! So, thats why wallet ni jadi pilihan Mimi!
Perasan tak ada logo bulat JOVI yang comel tu. Hah, berkilat tak? Cuba bayangkan wallet korang dari kulit lembu yang halus dan mewah dipasangkan sekali dengan metal emas yang bersinar sinar. Sentuhan warna emas tu yang buat sentuhan logo bulat JOVI yang comel kelihatan cantik dan mewah. Feeling princess gitu! Bila lagi nak melaram wallet baru yang eksklusif ni kan! Sekarang lah!
Wallet Eksklusif dengan Ukiran Laser Nama Sendiri
Eh eh apa ni apa ni? Wallet boleh ukir laser nama sendiri? Ye ke tak dak Mimi ni kan. Hey, dak Mimi berani cakap sebab wallet i ada ukiran nama MIMIE okay! Eksklusif gitu! Jarang jarang kita beli wallet siap ukir nama kita guna laser okay! For me, this is my first experience! Tak pernah lagi beli wallet siap ukir nama sendiri tapi ELISE EDITION JOVI ada! Tak percaya sila tengok video kat bawah. Tak percaya lagi hah belek gambar yang Mimi tepek sekali puas puas! Silalah jeles!
Nampak? Nampak? Macam mana telitinya nama di laser pada metal yang ada pada wallet. Cantik kannnn... Yang penting ukir laser nama sendiri ni PERCUMA kalau korang beli ELISE EDITION dari JOVI ni ya.
Pembungkusan Mewah dan Ekslusif
Pernah terfikir nak beri seseorang ya g istimewa hadiah tak? Hah wallet Elise Edition ni memang sangat sesuai dijadikan hadiah sebab pembungkusan wallet ni cantik dan eksklusif sangat! Dibalut dengan kain baldu dan disimpan kemas dalam kotak keras yang berkualiti tinggi. Siap reben ikat tepi okay! Hah cantik tak? Tak payah susah payah fikir nak beli pembalut hadiah, kotak sedia ada dah cukup cantik, mewah, ekslusif dan sempurna dah. Memang sesuai sangat korang hadiah buat orang yang tersayang untuk anniversary ke, hari lahir ke atau nak bagi emak insan yang paling disayangi, kan? Nak hadiahkan untuk diri sendiri pun boleh! Hah gitu!
Program Waranti 369 Hari
Hah untuk makluman korang wallet yang Mimi beli ni ada waranti selama 369 hari okay! Kalau ada apa apa kerosakan ke apa jangan risau sebab wallet korang masih dalam waranti lagi. Eh eh macam beli handphone pula ada waranti. Kah! Tapi ini yang buat wallet ni istimewaaaa sangat! Macam yang Mimi share kat atas, wallet ni diperbuat dari pemilihan bahan yang halus dan berkualiti serta dibuat dengan teliti dari hasil mutu kerja yang terbaik! Cuba korang kira dengan jari berapa banyak jenama yang sanggup beri jaminan tambahan macam ni kan. Korang boleh nilai sendiri!
Habis dah Mimi list kan satu persatu 6 Sebab Elise Edition JOVI Jadi Pilihan Hati Mimi. Ingat senang ke nak puaskan hati seorang Mimi. Laki sendiri pun pening kepala layan karenah seorang Mimi yang katanya cerewet nau! Bukan cerewet tapi kita ni pentingkan kualiti okay. Kalau ada cacat cela kurang sana sini memang awal awal ku reject!
CIRI CIRI PENTING YANG ADA PADA ELISE EDITION JOVI
Sila hadam dan semat dalam otak tau ciri ciri yang ada pada wallet Elise Edition JOVI ni.
Bahan/material : 100% Kulit Lembu Asli
Perhiasan : Perhiasan Metal seperti Emas
Dimensi : 20.7cm x 2.8cm x 10.8cm
Berat : 410g
Wallet Elise Edition JOVI ni juga mempunyai 18 slot untuk kad tau. Banyak kan? Hah korang yang sejenis sama dengan dak Mimi yang banyak sangat kad tu eloklah pakai wallet Elise Edition ni. Nak simpan handphone pun boleh. Wallet panjang kan. Mestilah muat.
ELISE Edition ni didatangkan dengan empat warna yang cantik belaka iaitu ELISE Black, ELISE Green, ELISE Maroon dan ELISE Nude. Wallet yang Mimi beli warna Nude. Kalau ada warna pink confirm warna tolak ketepi dah tapi disebabkan tak ada warnan pink, Mimi pilih warna Nude. Nice jugak!
BELI WALLET JANGAN LUPA JELING JELING SEKALI DHEA TAG
Hahaha! Kemain dak Mimi mengayatkan. Betullah dah alang alang cuci mata tengok ELISE EDITION why not cuci mata sekali tengok koleksi DHEA TAG. Keychain nampak mewah dan cantik sangat tau. Material keychain ni mestilah dari bahan berkualiti. Kalau ELISE Edition diperbuat daripada 100% kulit lembu yang berkualiti macam tuh jugalah dengan keychain Dhea ni. Memang 100% dari kulit lembu ditambah pula dengan kemasan glittery untuk menambahkan lagi ketahanan Dhea Tag ni.
Perhiasan pada Dhea Tag juga terdiri dari perkakasan metal emas yang berkilat yang mewah dengan sentuhan logo JOVI gitu. Keychain Dhea ni pun ada jaminan waranti juga iaitu selama 99 hari. Keychain ni juga korang boleh ukir laser nama sendiri ya. Boleh tengok gambar Dhea Tag yang Mimi beli. Cantik kan? Ciri ciri yang ada pada keychain ni sama seperti ELISE Edition vuma beza dari segi saiz dan berat.
Bahan/material : 100% Kulit Lembu Asli
Perhiasan : Perhiasan Metal seperti Emas
Dimensi : 15cm x 2cm x 2cm
Berat : 80g
Sama juga seperti ELISE Edition, packaging untuk Dhea Tag juga didatangkan dengan kotak keras yang cantik, eksklusif dan tahan lasak. Terdiri daripada empat warna yang menarik iaitu hitam, hijau, maroon dan nude. Harga Dhea Tag ni ialah RM89. Tapi kalau korang beli wallet ELISE Edition, korang akan dapat potongan harga untuk Dhea Tag sehingga RM50. Dari RM89 korang hanya bayar RM39 saja. Hah murahkan? Kira murahlah dengan kualiti barang yang bagus macam ni. Mana nak dapat barang yang berkualiti tinggi tapi murah! Perlu diingatkan yang tawaran ni terhad sangat sangat okay!
Korang dah tahu harga Dhea Tag kan! Mesti korang nak tahu harga wallet ELISE Edition pula, betul tak? Okay harga untuk wallet ELISE Edition ni ialah RM229! Tapi memandangkan ELISE Edition ni merupakan keluaran terbaru produk JOVI, jadi korang boleh dapatkan dengan harga RM149. Hah jimat RM80 dekat situ! Tawaran ni terhad untuk 1000 unit sahaja. Siapa yang tak nak lepaskan peluang memiliki wallet ELISE Edition dari JOVI ni hah cepat cepatlah beli ya. Klik link ni https://jovileather.com/elise-edition/ untuk terus dapatkan ELISE EDITION. Siapa cepat dia dapat tawaran harga yang murah ni. Kos penghantaran adalah PERCUMA! Cara pembayaran korang boleh bayar guna kad kredit ataupun melalui Internet banking.
Nak tahu lebih lanjut mengenai wallet ELISE EDITION atau prosuk JOVI yang lain korang boleh layari :
Web :
Facebook :
Instagram :