A'BLOOM PRODUK EKSKLUSIF ALTHEA TERBARU DI PASARAN | Hai semua! Kalau bab bab produk Althea ni memang Mimi suka dan jatuh cinta tau! Bulan lepas Althea telah memperkenalkan produk eksklusif terbaru mereka iaitu A'bloom.
Apa A'bloom tu mesti korang nak tahu kan? Hah, apa kata baca entry ni sampai habis. Confirm korang akan jatuh hati dengan rangkaian produk A'Bloom eksklusif dari Althea ni.
A'BLOOM PRODUK EKSKLUSIF ALTHEA TERBARU DI PASARAN
Apa itu A'bloom?
Althea memperkenalkan 4 produk terbaru mereka iaitu A'bloom BHA Blackhead Blaster, A'bloom Giant Meringue, A'bloom Baby Meringue dan A'bloom Mask Sheet.
Perghhh memang best best semua rangkaian produk Althea ni. Tak sabar Mimi nak share dengan korang satu persatu mengenai produk A'bloom dari Althea ni.
A'bloom BHA Blackhead Blaster
A'bloom BHA Blackhead Blaster diperkenalkan bagi mengatasi masalah whitehead dan blackhead. Didatangkan dalam packaging yang menarik iaitu bentuk stick dan mudah digunakan. Hanya pusingkan saja dan boleh terus pakai. Yang lagi best saiznya kecil dan mudah di bawa ke mana sahaja.
Ia mengandungi apricot seed powder untuk mengeluarkan sebum berlebihan dan mengandungi tea tree oil untuk menenangkan kulit dan mencegah kerengsaan serta kemerahan pada kulit muka.
Cara menggunakan: Basahkan muka dengan air suam. Keringkan muka dengan tuala. Kira muka dalam keadaan lembap gitu sapu pada bahagian yang bermasalah terutama di kawasan hidung untuk beberapa saat. Kemudian bilas dengan air bersih.
Harga : RM16. 00
A'bloom Giant Meringue Puff
A'bloom Giant Meringue Puff ni saiznya besar. Ia digunakan untuk meratakan foundation di muka. Giant Meringue Puff ni boleh digunakan dengan dua cara sama ada guna ketika kering ataupun basah. Saiznya yang besar memudahkan untuk sapuan foundation ke seluruh muka. Meringue Puff ni diperbuat daripada High Density Latex Free Foam. Bila picit picit memang lembut sangat puff ni.
Harga : RM8.00
A'bloom Baby Meringue Puff
Ishh masa mula mula dapat dah rasa geram tau. Dah lah kecil comel pulak tu. Pink pulak tu. Lagi bertambah geram tau. Sama juga macam Giant Meringue Puff, Baby Meringue Puff juga digunakan untuk meratakan foundation dan concealer pada muka dengan mudah di bahagian bawah mata dan hidung. Ia juga diperbuat daripada High Density Latex Free Foam.
Harga : RM11.00 (3 pieces)
A'bloom Mask Sheet
A'bloom Mask Sheet ni terdiri daripada 4 jenis mask iaitu:
🌸A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright
🌸 A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me
🌸 A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach
🌸A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long
A'bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright
Mask ni membantu untuk mencerahkan kulit kerana ia memgandungi Vitamin C dari Lemon dan Lime. Ia juga mengandungi double dose dari ekstrak limau dan kapur untuk menghilangkan bintik gelap. Selain daripada itu, ia juga mengandungi teh hijau yang dapat mencerahkan kulit dan menenangkan kulit. Bahan utamanya terdiri daripada Ekstrak Buah Niacinamide, Citrus Limon (Lemon), Ekstrak Buah Jeruk Citrus Aurantifolia (Lime), Ekstrak Daun Camellia Sinensis.
Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kombinasi.
A'bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me
Mask ini kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan dan melindungi kulit daripada kerosakan alam sekitar yang berbahaya serta dan mencegah wrinkles. Kandungannya terdiri daripada ekstrak avocado dan bunga raya ( Hibiscus Sabdariffa ) untuk memberikan kesan yang lembut pada kulit.
A'bloom Anti Blemish Peach - AC Me Peach
Mask anti blemish ini pula dapat membersihkan dan melegakan kulit yang sensitif. Diadun dengan ekstrak buah peach dan tea tree oil untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan dan membersihkan kulit serta melembutkan kulit.
Sesuai dipakai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit sensitif
A'bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long
Mask ini mengandungi esktra tembikai dan ditambah dengan lavender untuk penghidratan dan memberikan lembapan pada kulit. Buah tembikai mengandungi banyak air. Jadi ia membantu dalam menyuburkan kulit dan menenangkan kulit.
Lavender pula mempunyai bauan yang indah, memberikan kesan menenangkan dan menyegarkan kulit.
Ini first mask yang Mimi cuba tau. Memang best sangat. Sejuk je muka. Lembap lembap gitu! Memang sesuai sangat untuk kulit berminyak macam Mimi pakai.
Sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit berminyak.
Harga : RM 2.00 sekeping
Hah best best kan rangkaian produk eksklusif Althea ni. Kalau korang nak jugak, boleh terus beli di https://my.althea.kr