RAYA SAKAN DENGAN BATA BERGAYA BERSAMA | Hai semua! Dah beli kasut raya dan beg raya ke? Kasut raya anak anak dan suami dah siap beli lagi dua hari nak puasa. Mimi tak beli kasut raya pun beli kasut untuk pakai pergi kerja saja. Dan semestinya kasut raya yang family Mimi beli dari Bata Malaysia. Kasut dari Bata memang jadi pilihan sebab ada pelbagai design dan tahan lama. Tahun ni memang family Mimi Raya Sakan dengan Bata Bergaya Bersama Amyra Rosli dan Amar Bahrin gitu!
Memandangkan tahun ni Bata Bergaya Bersama Amyra Rosli dan Amar Bahrin, ia menawarkan pelbagai design dan corak yang menarik di samping promosi yang best dan buat korang nak beli dan beli lagi. Hah gitu!
RAYA SAKAN DENGAN BATA BERGAYA BERSAMA
Mimi tak beli pun kasut raya tahun ni sebab kasut raya tahun lepas masih elok dan nampak baru lagi tau! Dah semestinya kasut tu Mimi beli di Bata masa bulan puasa tahun lepas.
Jadi, raya tahun ni Mimi nak beli beg raya pula. Dah bertahun tak beli beg baru kali ni kita shopping beg!
Nak tahu beg mana jadi pilihan hati Mimi baca sampai habis ya. Jom cuci mata dulu tengok koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama!
KOLEKSI RAYA SAKAN DENGAN BATA RAYA BERGAYA
Masuk Bata memang hati kena kental. Kalau tak, rasa nak borong semua tau! Semua koleksi nampak cantik dan elok saja di mata. Yelah jenama Bata kot! Jenama paling mendapat tempat di hati pelanggan! Selesa, harga murah dan mampu milik gitu! Mohon bertabahlah baca entry Mimi ni ya. Agak mana yang berkenan terjah cepat cepat kedai Bata yang berhampiran!
Koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama - Beg Wanita
Koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama - Kasut Wanita
Koleksi 2019 Bata Bergaya Bersama - Kasut Lelaki dan Kanak Kanak
Ini baru sikit tau korang. Ada pelbagai lagi koleksi design dan corak kasut serta beg yang cantik cantik! Yang penting kualitinya terjamin dan harga mampu milik.
APA MIMI BELI DI BATA SEMPENA PROMOSI BATA BERGAYA BERSAMA
Nak dijadikan cerita, masuk saja outlet Bata, Mimi jadi rambang mata tengok koleksi baru yang ada. Baik kasut mahu pun beg. Memandangkan misi utama Mimi nak beli beg jadi koleksi terbaru beg yang ada di Bata terus Mimi terjah. Dah nama pun perempuan kan, bab membeli memang ambil masa berjam lamanya. Yelah bukan senang nak puaskan hati. Nak nak suami pula pengaruh kuat! Ambil ni cantik yang ni tahan lasak... Ishhhh buat hati berbelah bahagi sungguh!
Kalau membeli memang Mimi suka belek dan check sesuatu barang tu sebab nak bagi puas hati. Dari segi jahitan, kekemasan, keselesaan dan fungsi semua tu memang Mimi ambil berat. Tapi koleksi di Bata Malaysia tak pernah mengecewakan okey! Mesti korang tertanya tanya antara koleksi terbaru beg raya Bata Bergaya Bersama yang ada mana satu jadi pilihan Mimi.
Bila up status di facebook kebanyakan teka Mimi akan ambil beg yang kanan sekali tu, warna pink belacan! Yelah peminat pink tegar katakan mestilah orang akan teka warna pink belacan. Sebenarnya Mimi tak pilih warna pink belacan tau! Tapi warna lain! Nak tahu warna dan design apa Mimi pilih tengok sajalah gambar di bawah.
.
..
...
....
.....
Tada!!!!!!!
Beg warna blue black jadi pilihan Mimi. Sebelum ni beg dah ada warna pink belacan takkan nak beli warna yang sama lagi betul tak? Tahun ni pilih beg warna lain. Dah lama tau aim backpack macam ni. Akhirnya berjaya juga beli beg idaman! Yeayyyy!!
Korang yang belum shopping beli kasut raya ataupun beg raya cepat cepat singgah Bata Malaysia berhampiran dengan korang tau!
Sekarang ni Bata Bergaya Bersama Amyra Rosli dan Amar Bahrin menawarkan promosi yang best buat korang! Dengan setiap pembelian RM149 ke atas dalam satu resit korang akan dapat jam tangan dan bracelet Marie Claire secara PERCUMA dan juga dapat baucer bernilai RM25 di mana korang boleh tebus baucer tersebut untuk pembelian yang seterusnya.
Kalau korang berbelanja RM99 ke atas pula korang akan akan dapat baucer bernilai RM25. Hah! Berbaloi ke tak shopping sakan di Bata? Berbaloi sangat kan!
Kalau korang tak berkesempatan nak terjah mana mana outlet Bata Malaysia berhampiran, korang juga boleh beli layari web Bata Malaysia untuk lihat koleksi terbaru dan terkini dari Bata !
Layari www.bata.com.my