Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Kek Viral RM10 Isma Bakery Port Dickson

$
0
0
KEK  VIRAL RM10 ISMA BAKERY PORT DICKSON| Hai semua! Selamat berpuasa bagi kaum Muslimin dan Muslimat . Kat sini siapa suka makan kek angkat tangan! Hah Mimi nak share dengan korang pasal KEK VIRAL RM10 ISMA BAKERY PORT DICKSON! Memang murah dan sedap . 

Sebelum ni mana nak dapat kek yang sedap dan murah. Susah nak dapat. Sekarang ni dah ada kek dijual murah dan sedap. Tak percaya? Hah sebelum puasa, Mimi ada beli kek viral RM10 Isma Bakery Port Dickson tau. Serius memang sedap keknya. Dahlah lembut murah pulak tu! 

KEK  VIRAL RM10 ISMA BAKERY PORT DICKSON



Mula mula Mimi tak tahu juga pasal kek viral RM10 ni. Biasa beli dekat kedai bakery lain harga standard cecah RM28 dan keatas walaupun kek tu saiz kecil dan 1/2kg. Mimi tahu kewujudan kek viral RM10 ni pun daripada adik sepupu. Dia beli kek untuk sambut hari lahir staf di tempat kerja dia. Bukan satu tapi dia beli lebih dari 5 biji. Tak ingat exact amount kek yang dia beli masa tu. Tapi memang banyak. Macam macam flavour ada dijual. Siap share dekat group whatsapp family lagi. 

Dia siap promote cakap kek sedap dan murah. Bila dia beritahu harga Mimi cakap dia membongak. Mana tanya aje gila kek macam tu harga murah. Tak puas hati Mimi usha FB pula. Bila tengok memang betul murah kek yang dijual. Hah apa lagi dah alang alang pejabat nak buat majlis bacaan yassin dan tahlil sempena sambut Ramadhan dan nak sambut hari lahir staf, Mimi pun order kek di Isma Bakery.

Mimi order 4 biji kesemuanya. Setiap kek berat 1/2kg ya. Harga setiap kek RM10 tapi memandangkan Mimi beli waktu promosi 2 BIJI KEK 1/2 KG RM15 so total yang Mimi bayar 4 biji kek RM30. Hah murah tak? 



Kek yang Mimi order ialah kek Tiramisu untuk birthday Januari, kek Pandan Gula Melaka untuk birthday Februari, kek Red Velvet untuk birthday March dan kek Blueberry Cheese untuk birthday April. Majlis 03 Mei so Mimi pick up 02 Mei petang selepas balik kerja. Gigih dari Seremban ke Port Dickson nak ambil kek.


Tiramisu
Coklat Vanila




Red Velvet
Blueberry Cheese




Masa sampai Isma Bakery tu jangan cakaplah memang penuh orang tau. Ada yang datang nak ambil kek yang ditenpah, ada yang datang nak tuntut kek percuma dan ada yang walk in nak beli kek terus.

Tapi masa nak ambil kek yang ditempah Mimi kecewa sikitlah, sikit je sebab kek Pandan Gula Melaka yang Mimi tempah tak ada. Sebenarnya memang staf dah asingkan tapi tak tahu mana silapnya kek tu tak ada. Mimi pun tak pastilah apa yang jadi. 

Kecewa memang ada TAPIIII kekecewaan Mimi terubat bila staf offer gantikan dengan kek lain. So kek Pandan Gula Melaka digantikan dengan kek Chocolate Vanila. Mimi pun tak suka nak bising bising yelah sebab benda kecilkan. Mungkin ada yang cakap "Eh dah bayar mana boleh macam tu, kenalah tuntut juga." Ya, memang dah bayar tapi benda yang berlaku kecil je, benda boleh settle buat apa nak gaduh, betul tak? Hah gitu!


Credit gambar : Is Ma

Di Isma Bakery bukan kek saja ada dijual tau, ada juga dijual aiskrim, biskut, kerepek dan pelbagai lagi. Semua harga yang dijual memang berpatutan. Kek birthday yang korang nak tempah ikut tema macam tema Frozen ke, Minion ke, Unicorn ke semua Isma Bakery boleh buat. Harga kek yang ditempah ikut tema ni harganya bukan RM10 tau tapi harga lain tapi still murah. Sebab apa? Sebab Isma Bakery buat kek bertema ni ikut bajet yang korang mampu.


                               Credit gambar : Is Ma


Credit gambar : Is Ma

Selain daripada beli kek viral RM10, Mimi ada juga beli cheese kek leleh di Isma Bakery. Harganya RM15. Memang sedap dan lembut tau korang. Berbaloi sangat beli. Kira rasa kek tu berbaloi dengan harga yang dijual.



APA ISTIMEWANYA ISMA BAKERY PORT DICKSON?

Hey banyak istimewanya ISMA BAKERY ni tau. Antaranya ialah : 

1) stafnya sopan dan ramah

2) aneka kek sedap dan murah


Credit gambar: Is Ma


Memang murah nau nau. Sedap tak payah cakap. Dahlah sedap, lembut pulak tu.

3) promosi yang tak masuk akal

Sekarang ni ada promosi 2 biji kek 1/2kg harga RM15. Hah murah tak? Tak masuk akal promosi kek ni. Hahaha... 

4) kek percuma hari lahir

Sepanjang 2019 ni ada tawaran kek percuma hari lahir. Sekarang bulan Mei. Yang mana hari lahir dah lepas jangan gatal gatal nak tuntut. Dak Mimi luku kang. Yang hari lahir akan datang ni korang boleh tuntut di Isma Bakery. Contoh birthday korang 15 Mei ni korang boleh tuntut kek free di Isma Bakery dengan syarat korang bawa ic original atau fotostat untuk tujuan pengesahan ya. Tapi sekiranya masa tarikh hari lahir korang nak tuntut kek tu bakery tutup korang boleh je datang keesokkan hari untuk tuntut. Faham?

5) buat giveaway

Isma Bakery ni suka buat giveaway bagi kek free atau kek harga RM0.10 untuk followers di Facebook. Belum pernah lagi Mimi tengok bakery lain buat macam ni. Ni first bakery yang Mimi tengok buat macam ni tau.

Isma Bakery ni bukan untuk orang Port Dickson atau Seremban sahaja ya. Yang duduk di luar kawasan pun boleh datang beli atau tempah kek kat sini. Nak tuntut kek free pun boleh (sila rujuk point no 4 di atas)

Kalau korang masih tak percaya atau was was hah pergi terjah FB Isma Bakery follow rapat rapat    atau korang guna je waze atau maps taip "Kedai Kek Isma Bakery" memang korang akan sampai betul betul depan bakery. Oh ya lupa nak beritahu korang, Isma Bakery ni terletak di kawasan perumahan tau. Isma Bakery ni betul betul di corner lot.

Info lanjut mengenai KEK VIRAL RM10 ISMA BAKERY PORT DICKSON layari :

Facebook: Is Ma

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.