Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Lawatan PERKEP ke Gallery Vantage dan Beryl's Chocolate

$
0
0
LAWATAN PERKEP KE GALLERY VANTAGE DAN BERYL'S CHOCOLATE | Hai semua! Salam Ramdhan dan selamat berpuasa buat semua kaum Muslimin dan Muslimat. Tak sangka dah berpuasa kita semua. Rasa baru semalam Mimi pergi lawatan anjuran PERKEP Kontinjen Negeri Sembilan tau. 



Selasa minggu lepas Mimi terlibat dengan lawatan PERKEP ke Gallery Vantage dan Beryl's Chocolate. Ada yang tak tahu lagi ke PERKEP tu apa ?Hah yang tak tahu meh Mimi explain. PERKEP ni singkatan  dari  PERSATUAN KELUARGA POLIS. Hah dah tahu dan jelaskan apa maksud PERKEP tu? 

Okey berbalik pada lawatan PERKEP ke Gallery Vantage. Masa kitorang pergi ke Gallery Vantage ni pihak Vantage ada buat jualan gudang  promosi potongan sehingga 80%.

Jualan Gudang sehingga 80%

Memang mana barang yang harga tak boleh bawa bncang tu semua turun harga kaw kaw. Jangan ditanya Mimi beli apa sebab Mimi hanya mampu tengok saja. Sebab matlamat utama nak jalan jalan je tak nak shopping sangat kat Vantage. 

Cantik juga! 

Design gold ni nice juga tapi range harga still tak boleh bawa bincang

Anyone interested with this design? 

Memang berkenan dengan design sakura ni. Cantik kan? 

Nih lagi satu. Menggoda sungguh! 

Sempat bergambar dengan barangan Vantage untuk cabutan bertuah

Ramai betul yang leka bila masuk Gallery Vantage ni tau korang. Shopping macam tak ingat nak balik. Hahaha. Yelah harga jauh lebih murah dari harga asal, mahu tak meroyan tengok. Nasib baik Mimi jenis kuat godaan.

Jadi makcik bawang jap tengok orang beli apa. Hahaha! 

Sakan masing masing shopping Vantage

Hasil rembatan di Vantage


Beli banyak banyak pun tak guna tapi buat hiasan buat apa kan. Duit yang ada baik simpan beli baju raya anak anak. Mimi pun sempat grab beg Vantage yang reject. Dari harga RM59 jadi RM15. Reject sebab pemegang zip tak ada. Tu sajalah Mimi beli sebab besar senang nak sumbat macam macam dalam beg plus beg tuh designnya cantik. 

Nampak tak beg yang pegawai Mimi pegang tu. Hah tuhlah beg yang Mimi beli tuh. Kitorang sama sama beli beg ni sebab cantik dan besar. 


Ada je ahli PERKEP yang lain shopping sakan .Beli magic pan Siti Nurhaliza lah, periuk lah. Ada yang shopping untuk orang pun ada.

Wefie kat luar gallery sambil tunggu yang lain shopping

Candid? 

Kemain lagi masing masing

Wajah happy memasing lepas shopping



Nampak tak hasil memancing dekat Vantage


Lepas selesai shopping sakan kat Gallery Vantage kitorang singgah kilang Beryl's Cookies dan berkesempatan lihat depan mata macam mana biskut Beryl's dibuat. Sorry takde gambar sebab dilarang ambil gambar katany. Kat sini Mimi tak beli pun cookies. Then kitorang terus gerak pergi kilang Beryl's Chocolate. Tapi tak masuk kilang pun. Datang sini sebab nak shopping coklat. Mimi sempat lah beli coklat untuk diri sendiri dan anak anak. Sempat juga belikan coklat yang officemate kirim. 

Coklat untuk anak anak. Memang seda ! 

Selesai shopping, Mimi rushing singgah Petronas berdekatan untuk solat. Lepas solat terus singgah restoran berdekatan untuk makan. Alhamdulillah, lawatan PERKEP dipermudahkan walaupun berlaku sedikit kekeliruan. Kitorang selamat sampai IPK jam 5.05 petang. Lepas ni tak tahu apa lagi aktiviti menarik yang PERKEP Kontinjen akan anjurkan. Sama sama jelah tunggu ya. Oklah see again next entry. Bye! 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669