BANGI GOLF RESORT TANAM POKOK BERNILAI RM5 JUTA UNTUK HARI BUMI | Sempena Hari Bumi 2019, Bangi Golf Resort dan Bangi Farm Resort turut serta menyumbang dalam memastikan bumi kita terus mekar dengan menanam 1,200 batang pokok Paulownia di sini.
Paulownia, sejenis pokok balak mampu hidup lebih 40 tahun dan bernilai lebih kurang RM4,000 setiap batang. Daunnya berbentuk hati, lembut dipegang dan sangat cantik dilihat. Ia juga cepat membesar dan sangat mudah membiak.
Menurut Tan Ban Keat, Pengurus Bangi Farm Resort, “Bangi Golf Resort dan Bangi Farm Resort ingin turut serta membantu menjaga alam sekitar. Kenapa 1,200 pokok? Kerana kami ingin membina ‘tangki’ oksigen semulajadi buat Bangi. Harapannya ini akan menjadikan Bangi satu lagi ‘greenlung’ buat Lembah Klang.”
Bangi Golf Resort merupakan syurga hujung minggu, jauh dari hiruk pikuk dan kesibukkan kota. Ianya sebuah pusat rekreasi buat ahli dan pelawat dengan kemudahan yang lengkap.
Bangi Farm Resort merupakan satu platfom agro yang menyatukan agensi kerajaan, swasta, petani, dan juga orang awam. Bangi Farm Resort juga merupakan antara pelopor industri dan ingin meningkatkan kesedaran awam tentang produknya.