Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

3 SEBAB MIMI JATUH CINTA DENGAN HANNAH LIP MATTE

$
0
0
3 SEBAB MIMI JATUH CINTA DENGAN HANNAH LIP MATTE | Hai semua! Salam Jumaat .Hari ni Mimi nak share dengan korang satu jenama lip matte yang Mimi guna sekarang ni. Al maklumlah Mimi memang pengumpul lip matte .Pantang ada lip matte baru mesti nak try  Selalunya warna warna yang nampak natural , pink dan nude jadi pilihan . Sesekali saja beli warna yang dark. Sekarang ni Mimi dah jatuh cinta dengan Hannah Lip Matte tau korang. Mesti ada yang tak familiar lagi dengan jenama Hannah ni kan?



3 SEBAB MIMI JATUH CINTA DENGAN HANNAH LIP MATTE



Mesti korang tertanya tanya kenapa Mimi jatuh cinta dengan Hannah Lip Matte. Sebab Mimi suka Hannah Lip Matte :-

1) bibir lembap dan tidak pecah pecah

Pakai Hannah Lip Matte ni bibir memang akan sentiasa lembap dan tidak pecah pecah sebab ia mengandungi Shea Butter, Minyak Zaitun dan Vitamin E. Walaupun pakai lip matte bibir korang akan rasa lembap tau. Tak mengelupas dan kering .

2) warna natural dan cantik

Warna Hannah Lip Matte ni memang natural dan cantik tau korang. Ada dua warna Hannah Lip Matte ni tau korang iaitu Nude dan Pink. Code yang Mimi pakai sekarang ialah Pink .

3) lip matte pelbagai fungsi

Selain dipakai di bibir, Hannah Lip Matte juga boleh digunakan sebagai blusher tau korang. Eyeshadow pun boleh . Asalkan korang pandai blend dan jadi kreatif untuk kelihatan cantik. Dan yang paling best teksturnya yang soft dan licin. Smooth saja bila sapu pada bibir .







A post shared by 🌸mimi azirah🌸 (@mimi_azirah) on

Baru baru ni Mimi kena jadi mak andam pengantin bidan terjun tau korang .Pengantin tu adik sepupu Mimi. Pagi Jumaat tu dia nikah. Kira malam tak ada majlis apa apa. So pengantin tak ada lah buat apa apa malam tu. Entah macam mana last minute family decide nak buat juga majlis bagi meraikan pengantin. Sebab ada antara tetamu yang tak dapat hadir majlis persandingan keesokkannya. Disebabkan mak andam tak ada, Mimi yang ada jadilah mak andam bidan terjun. Pakai saja mekap apa yang ada.

Yelah, tak diberitahu awal awal kan. Tiba tiba je cakap nak minta tolong mekapkan. Gelabahlah jadinya. Mana mana pergi memang Mimi bawak beg mekap tapi tak complete lah. Blusher pun tak ada. Nasib baik Hannah Lip Matte memang Mimi bawa ke mana mana. So, Mimi guna Hannah Lip Matte sebagai blusher juga. So, nilah hasilnya.

Pengantin yang Mimi mekapkan . Lipstick dan blusher Mimi gunakan Hannah Lip Matte code Pink


Harga untuk Hannah Lip Matte ni ialah RM39.90. Kalau korang nak dapatkan Hannah Lip Matte ni korang boleh dapatkan di Shopee, Lazada dan Hannah distributor tau. Selain daripada lip matte, ada juga produk Hannah yang lain.



Untuk maklumat lanjut mengenai Hannah Lip Matte dan produk Hannah yang lain korang boleh layari :

Instagram : @imhannahlife


Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Tropa Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.