Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Pertandingan Bowling Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Kontinjen Negeri Sembilan

$
0
0
PERTANDINGAN BOWLING JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD KONTINJEN NEGERI SEMBILAN | Hai semua! Sihat ke? Dak Mimi sihat tak sihat sangat sebab dilanda cirit birit gara gara makan lauk kenduri kahwin. Tuh biasa dah berlaku kalau makan kenduri orang kahwin. Makan lauk ayam confirm kena. Lauk lain tak ada pula kan. Pelik betul! Sekarang ni baru ada mood nak update story dekat blog. Menjadi jadi malas dak Mimi ni tau. 

Disebabkan mood rajin dah mari, kali ni Mimi nak update story sebulan yang lepas. Hah sebulan dak Mimi peram. Sebulan lepas jabatan Mimi anjurkan PERTANDINGAN BOWLING JABATAN INTEGRITI DAN PEMATUHAN STANDARD KONTINJEN NEGERI SEMBILAN sempena kehadiran bos baru dan juga sesi berkenalan dengan pegawai, anggota dan pegawai awam jabatan. Adatlah kan orang lama dan baru silih ganti. So, ini masa kita kenal satu sama lain, betul tak? 



Tempat pertandingan diadakan di U Bowl Aeon Seremban 2. Macam biasa dak Mimi ditugaskan untuk buat kutipan bayaran .Ada yang uruskan tempat dan hadiah. Masing masing ada tugas masing masing. Mimi main satu frame saja tuh pun tak habis. Minta suami gantikan. Bila lama tak main, memang ke laut dalam lah jawabnya plus tangan sakit. 

Untuk hadiah semua kumpulan dapat dari no 1 sampai 13. Untuk kategori individu pula lelaki no 1 sampai 4, perempuan pun sama. So, total hadiah ada 21 tambah satu cenderahati Ketua Jabatan baru kitorang. Semua ada 22 hadiah. Semua hadiah tu setiap jabatan kena sediakan dua hamper. So, semua merasa. 





Mimi satu group dengan dua anggota baru. Awang dan Amir. Dua dua anggota Mimi tak kenal sebab memang diorang baru lapor kat jabatan dan bertugas under daerah. Bila dah satu group kenal kenal jelah kan. Peluang yang ada kita berkenalan. Apa yang best, walaupun main ke laut dalam support antara satu sama lain tu yang best . 




Pertandingan mula pukul 3.00 petang dan habis pukul 5.00 petang. Yelah main dua frame sajakan. Majlis diacarakan oleh Insp. Asrol. Hadiah disampaikan oleh Ketua Jabatan diiringi Timb. Ketua Jabatan (Pematuhan). Alhamdulillah pertandingan berjalan dengan lancar. 



Sorrylah korang gambar Mimi tepekasa terima hadiah je sebab gambar lain semua dalam external hard disk. Lupa nak masuk dalam phone. Hahaha ! Hadap sajalah ye tak. Lepas ni ada macam macam lagi acara yang kitorang kena buat memandangkan Ketua Jabatan baru kitorang ni seorang yang aktif bersukan. Jadi ,sama samalah kita mengaktifkan diri ya !

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Tropa Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Girasoles para colorear


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear