Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

SAFI® EXPERT SOLUTION ATASI MASALAH FLEK HITAM DAN ANTI HIDRASI

$
0
0
SAFI® EXPERT SOLUTION ATASI MASALAH FLEK HITAM DAN ANTI HIDRASI | Hai semua! Semua tahu wanita dan kecantikan tidak dapat dipisahkan. Cantik luaran dan cantik dalaman. Tapi bila berdepan dengan orang ramai mestilah kita mementingkan kecantikan luaran  betul tak? Bila umur semakin meningkat macam macam masalah kulit wajah timbul seperti flek hitam, jerawat, kulit tidak sekata,  kusam, hidrasi dan sebagainya. Bila timbulnya masalah seperti ni mestilah kita berusaha untuk mengatasinya, betul tak? 



So, buat korang yang ada menghadapi antara masalah berikut apa kata cuba SAFI® EXPERT SOLUTION. Seiiring dengan usia Mimi yang dah pertengahan 30 an ni memang skincare macam ni Mimi cari untuk atasi masalah kulit wajah Mimi. Dulu wajah Mimi tak ada masalah pun tapi selepas berhenti menggunakan produk timbang kilo, wajah Mimi mula timbul pelbagai masalah. Nak rawat dengan skincare yang selamat dan diuji secara klinikal memang ambil masa. Tapi kena sabarlah kan.

SAFI® EXPERT SOLUTION ATASI MASALAH FLEK HITAM DAN ANTI HIDRASI




Mesti ada yang tertanya ni produk baru Safi ke? Ya, ini produk baru Safi. Safi kini melangkah satu lagi tapak ke hadapan mencipta produk evolusi untuk kecantikan wanita . 

Cantikkan packaging Safi® Expert Solution ni. Nampak eksklusif dan mewah gitu gabungan hitam dan emas. 

Jom baca dengan lebih lanjut mengenai produk terbaru Safi ni .

Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation

Apa yang menarik mengenai produk ini ialah :

🌸 tidak mengandungi alkohol
🌸 bebas daripada paraben dan silikon
🌸 tidak mempunyai mineral oil
🌸 tidak diuji ke atas haiwan



Intensive Ampoules Anti Hyper Pigmentation diformulasikan dengan kandungan DN Age Technology di mana ia berfungsi untuk merawat serta memudarkan flek hitam pada kulit wajah. Ia juga berfungsi mengekalkan kelembapan pada wajah dan menyamaratakan tona kulit wajah .

Kalau korang nak tahu tekstur ampoule 1 ni lembut dan lebih kurang macam air tau. Mudah serap dan tidak oily. Warnanya jernih .




Manakala ampoule 2 yang berwarna kuning ni agak oily dan baunya yang wangi. Bila sapu pada wajah memang rasa agak oily tapi sekejap saja. Lama lama ia serap dan kulit wajah jadi lembap. 




Cara nak pakai Intensive Ampoule ni ialah titiskan beberapa titik ampoule 1 ke tapak tangan sapu sekata pada kulit wajah. Seterusnya titis beberapa titik ampoule 2 ke tapak tangan dan sapu serata pada muka sehingga ia serap pada kulit wajah.

Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin


Kelebihan produk ini ialah :

🌸 tidak mengandungi alkohol
🌸 bebas daripada paraben 
🌸 tidak mempunyai mineral oil
🌸 tidak diuji ke atas haiwan

Milk Drop Serum Anti Dehydrated Skin ini terbukti secara klinikal peningkatan kelembapan dengan segera sebanyak 280%. 



Ia diformulasikan dengan NMF Activator Technology dan Ultra-Micro Hyaluronic Acid untuk mengaktifkan keupayaan menjana kelembapan kulit.

Tekstur Milk Drop Serum ini sangat ringan dan lembut tau korang. Formulasi istimewanya iaitu Hydra-Boost Capsules yang berubah menjadi titisan susu untuk memberi kesan serapan pada kulit dengan pantas dan mudah.




Cara nak guna Milk Drop Serum ni ialah sapukan pada kulit wajah dan leher yang bersih. Kemudian sapu pada kukit wajah dan buat urutan membulat sehingga menjadi titisan susu. Teruskan membuat urutan pada muka sehingga ia serap sepenuhnya pada kulit wajah. Penggunaan yang berterusan akan mencerahkan kulit wajah korang tau .

Korang boleh lihat hasil yang memberangsangkan pada kulit 2 minggu selepas menggunakannya. 

Hasil Penggunaan Safi® Expert Solution

Sebelum guna Safi® Expert Solution kulit muka Mimi ada yang kering, ada lembab. Lepas tu, tona kulit tak sekata, parut jerawat dan flek hitam. So, Mimi nak try produk ni macam mana kan. Okey ke tak.

Hari ni genap 10 hari Mimi menggunakan produk baru Safi ni. Hasil selepas menggunakan memang nampak perubahan pada kulit wajah Mimi. Kulit semakin lembap dan lembut. Yang best parut jerawat dan flek hitam pada muka semakin pudar. Bila bangun pagi nampak wajah ada perubahan sikit dan rasa fresh.

Wajah Mimi sebelum guna Safi® Expert Solution. 


Memang puas hati dengan kesan selepas menggunakannya. Highly recommend pada korang yang ada masalah sama dengan Mimi untuk cuba produk Safi ni .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


EASY COME, EASY GO


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Maganda Quotes – tagalog Quotes – Inggit Quotes


“Tado” Jimenez Quotes Collections Online


Patama Quotes – Tanga love tagalog quotes


Mga Patama sa mga Nagmamahal the Best Tagalog love quotes for you


Tropa Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Girasoles para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Patama tagalog quotes – Move On Quotes


Ligaw Quotes – Courting Quotes – Sweet Tagalog Quotes


Hugot Lines 2020 Patama : ML Edition


RE: Mutton Pies (frankie241)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.