TEBUS BAUCER DISKAUN BATA SEMPENA HARI LAHIR | Hai Semua! Bulan lepas Mimi dapat baucer diskaun dari BATA sempena hari lahir Mimi .Kod baucer diskaun dari BATA tuh Mimi dapat thru SMS. Last tebus 25hb Januari 2019 . Hari last tebus tuh baru Mimi berkesempatan nak tebus .
Kebetulan time tu Mimi bawa anak jalan jalan kat AEON S2. Teringat pula kod baucer BATA tak tebus lagi. Alang alang tebus terus. Sebelum ni kalau pergi BATA Mimi cari kasut anak anak dan kasut nak pakai pergi kerja. Kali ni Mimi cari sandal buat pakai jalan jalan.
![]() |
Tara ! Sandal BATA yang menjadi pilihan Mimi |
Mimi suka pakai jenama BATA ni sebab selesa pada kaki. Harga pun affordable seiring dengan kualiti . Kasut jenama BATA pun tahan lasak tau. Tu yang buat Mimi suka dan selesa .
Sandal yang Mimi pilih ni pun lembut pada tapak kaki. Memang selesa di pakai tak rasa macam pakai sandal pun. Macam biasa warna hitam jadi pilihan sebab senang nak matching dengan apa apa warna.
Harga sandal ni RM59.99 kira genapnya RM60.00. Lepas tebus baucer diskaun BATA sempena hari lahir Mimi dapatlah sepasang RM45.00 . Kira okeylah kan siapa nak bagi kan?
BATA ni memang best sebab selalu bagi kod diskaun . Kira tak rugi register jadi ahli sebab macam macam keistimewaan yang ahli BATA dapat. Ni Mimi baru terima SMS ada offer lagi dari BATA. Tak tahulah nak beli apa lagi.
Korang yang belum daftar jadi ahli BATA cepat cepat daftar .Banyak keistimewaan bila jadi ahli ni .Bukan setakat dapat kod baucer saja tapi sambil beli boleh kumpul points di mana points tuh kita boleh tebus untuk pembelian seterusnya. Best tak best? So pa tunggu lagi cepat cepat daftar tau .