MENU EATCLEAN UNTUK HARI PERTAMA | Hai semua! Salam Disember buat semua. Hari ni Mimi nak share dengan semua MENU EATCLEAN UNTUK HARI PERTAMA yang Mimi buat . Bukan senang nak buat eatclean ni tau. Kena kuat semangat dan cekal .Kalau selama ni macam macam kita bedal, why not ubah cara makan pula kan. Jom tengok menu eatclean Mimi hari ni.
MENU EATCLEAN UNTUK HARI PERTAMA
![]() |
Menu Breakfast Eatclean: Yogurt dan Epal |
Untuk hari pertama ,breakfast Mimi cuma Fernleaf Mango Yogurt dan 1/2 biji epal yang Mimi hiris. Serius memang kenyang. Tahan jugalah sampai tengahari.
Fernlerf Mango Yogurt tu harga RM1.25 dan epal tu 7 biji RM5.00. Beli di NSK Seremban. Semua bahan untuk menu eatclean Mimi beli di NSK saja.
![]() |
Isi dalam Mango Yogurt. Sedap ! |
Untuk makan tengahari pula Mimi makan dada ayam yang dibakar. Tabur thyme leaves sikit dan oregano. Kemudian letak salad air, tomato dipotong dadu dan juga kobis ungu. Tomato tu boleh je ganti dengan tomato ceri. Ikutkan memang nak cari tomato ceri tapi tak jumpa pulak So ambil saja apa yang ada. Kemudian, Mimi letak juga beberapa hiris epal.
![]() |
Menu Lunch Eatclean: Dada ayam bakar + salad air + kobis + tomato dan epal |
Makan macam ni kenyang jugak tau. Selama ni duk melantak saja kan. Badan naik complaint tapi tak jaga makan siapa suruh. Menu untuk dinner Mimi tak dan nak snap gambar sebab dah ngap baru teringat. Untuk malam Mimi makan roti paratha + omelette saja.
Untuk menu esok dah fikir nak bawa apa dah. Tunggu Mimi update esok ya. Esok gagahkan diri snap semua gambar menu so boleh share Sebenarnya Mimi dah siap buat jadual MENU EATCLEAN ni sebulan tapi tertinggal dekat office. Hopefully plan nak amal makan eatclean ni bertahan sampai bila bila.