Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY LINDUNG KULIT DARI SINAR MATAHARI

$
0
0
ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY LINDUNG KULIT DARI SINAR UV| Hai semua! Korang, Mimi nak bagitahu ni Althea ada produk baru lagilah. Produk baru ni pun tak kurang hebatnya. Tak pernah mengecewakan kalau produk dari Althea ni tau. Produk yang dimaksudkan tak lain tak bukan ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY SPF50+ PA++++.

Petal Velvet Sunaway SPF 50+ PA++++



ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY LINDUNG KULIT DARI SINAR UV





Baru baru ni Althea telah melancarkan produk terbarunya iaitu Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++ istimewa buat korang dan Mimi juga pencinta produk Korea. Siapa tak suka produk Korea kan yang terkenal dengan bahan bahan yang selamat dan semulajadi!

ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY ni merupakan produk perlindungan UV dengan formula Hydrating khusus untuk mengawal sebum yang berlebihan pada kulit dengan sistem serbuk mikro. Manakala Asid Hyaluronik berfungsi untuk memastikan kulit kekal dari terhidrasi sepanjang hari. Sebab itulah ALTHEA PETAL VELVET SUNAWAY LINDUNG KULIT DARI SINAR UV ni jadi pilihan utama Mimi. 

BAHAN UTAMA PETAL VELVET SUNAWAY SPF50+ PA++++




Damask Rose Ekstrak - Membantu menghidratkan kulit secara mendalam serta mengurangkan iritasi, membuatkan kulit terasa lebih sihat

Asid Hyaluronik - Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi

Minyak Geranium - Menjadikan kulit lebih berseri dan menyembuhkan jerawat

APA YANG BEST SANGAT PETAL VELVET SUNAWAY SPF50+ PA++++

Alkisahnya Mimi sejenis yang tak suka sangat pakai sunblock atau sunscreen sebab kebanyakan tekstur melekit pada kulit. Dah lah sejenis kulit oily kan. Rimas tau. Walaupun tahu yang sunblock untuk kulit ni sangat penting. Tapi dah tak suka takkan nak pakai.



Tapi PETAL VELVET SUNAWAY SPF50+ PA++++ ni lain dari sunblock atau sunscreen yang ada dipasaran! Teksturnya tidak terlalu likat dan tidak terlalu cair. Sapu pada kulit je, OMG! Terus meresap dan langsung tak rasa sticky pada kulit. Kulit memang tak oily okay! Love sangattt!

Walaupun warnanya putih susu tapi tak payah risau lah sapu pada kulit takut bercapuk atau putih sangat macam tepung gomak. Warna saja putih tapi lepas sapu pada kulit, terus warna tu blend dengan warna kulit asal korang tau!

Sejak dah ada PETAL VELVET SUNAWAY ni tahap kerajinan menjaga kulit muka menjadi jadi okay! Sebelum pakai toner dan serum, wajib sangat Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++. Barulah kulit terlindung dari sinar UV. 

KULIT WAJAH GLOWING DAN CANTIK DENGAN PETAL VELVET POWDER



Selain daripada Petal Velvet Sunaway, Althea juga ada mengeluarkan rangkaian Petal Velvet ni iaitu Petal Velvet Powder sejenis loose powder. Ada tiga jenis loose powder ni iaitu Translucent, Warm Beige dan Pink Lavender. Hah Pink Lavender Limited Edition tau dikeluarkan sempena Birthday Althea yang ke 3 tahun! Ekslusif sangat! Warna pun cantik pink pink lavendar gitu! 

Petal Velvet Powder #0 Translucent

Petal Velvet Powder #23 Warm Beige 

Petal Velvet Powder Pink Lavender 


Nak KULIT WAJAH GLOWING DAN CANTIK DENGAN PETAL VELVET POWDER, kenalah sapu selepas mengenakan foundation. Selalunya lepas pakai foundation Mimi akan sapu loose powder sebba kulit nampak lagi cantik kan. Antara compact powder dan loose powder Mimi lagi suka loose powder. Nak nak pakai pula Petal Velvet Powder bertambah glowing dan cantik lah kulit muka tu. 

Mesti korang berminat nak cuba produk Althea yang best sangat ni kan? Harga setiap produk Althea mampu milik sangat tau korang! 

PETAL VELVET SUNAWAY SPF50+ PA++++ (55ML) - RM43
PETAL VELVET POWDER (3G) TRANSLUCENT - RM16 
PETAL VELVET POWDER (3G) WARM BEIGE - RM16 
PETAL VELVET POWDER (3G) PINK LAVENDER- RM16 
PETAL VELVET SET [ 1 PETAL VELVET SUNAWAY + 1 PETAL VELVET POWDER (boleh pilih salah satu)] - RM53. 10

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :



Viewing all articles
Browse latest Browse all 669