Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Kenapa Kita Perlukan Kolagen

$
0
0
Kenapa Kita Perlukan Kolagen | Sejak akhir akhir ini, banyak lambakan produk kesihatan yang mengandungi kolagen ada di pasaran. Ramai juga yang berlumba lumba untuk mendapatkan kolagen yang terbaik untuk kesihatan dan kecantikan. Namun, sedarkah kita bahawa kolagen yang diambil memberi kebaikan atau keburukan? Adakah penggunaan kolagen, perlu atau tidak?

KENAPA KITA PERLUKAN KOLAGEN



Kolagen ialah sejenis protein yang ada pada kulit kita. Ia merangkumi 30 peratus daripada keseluruhan protein di dalam badan. Kolagen ini menyokong sebahagian besar sel sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut,kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum sum dan tisu serta organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

APAKAH FUNGSI KOLAGEN?


Antara fungsi kolagen ialah :

• Menghasilkan asid amino penting seperti lysin, prolin dan glysin yang secara khususnya diperlukan oleh badan untuk membina struktur tisu penyokong dan untuk mengawal fungsi sel.
• Mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
• Melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif.
• Menegang, menganjal dan melembapkan kulit.
•Menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit.
• Menampung air dalam tubuh 
• Meningkatkan penyerapan kalsium
• Menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang 
baik.



APAKAH KEBAIKAN KOLAGEN


Kebaikan yang kita perolehi jika mengamalkan kolagen ialah : 

• Menghasilkan ketegangan dan keanjalan kulit
• Memelihara kelembapan kulit
• Menyokong baik puluh tisu daripada kecederaan otot dan tulang
• Menguatkan otot dan tulang
• Membantu hati dalam proses detoksifikasi (buang toksin)
• Memelihara kelenturan sendi
• Mengurangkan keradangan
• Memberi tenaga dan membantu pola tidur
• Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf


KESAN SAMPINGAN PENGAMBILAN KOLAGEN


Tidak dapat dinafikan, walaupun kolagen banyak kebaikan dan khasiat, namun pengambilan kolagen juga ada kesan sampingannya. Ini bergantung kepada keadaan individu tersebut. Kesannya juga berbeza mengikut sistem tubuh seseorang. Antara tanda yang mungkin di alami pada peringkat permulaan pengambilan ialah :

1) Sakit/pening kepala
2) Ruam kulit
3) Sembelit
4) Demam atau tidak sedap badan
5) Cirit birit
6) Bisul atau kudis
7) Letih atau kepenatan
8) Perut berangjn
9) Jerawat keluar lebih banyak dari biasa
10) Selsema atau batuk (berkahak)

Bagi membantu mengatasi kesan kesan yang dialami iaitu pemulihan amat penting untuk kita mengambil langkah berikut :

1) Mendapatkan rehat yang secukupnya kerana badan dalam keadaan tertekan ketika pembersihan toksik. Rehat yang cukup sangat penting membantu badan mengeluarkan toksik.


2) Minum air suam dengan banyak kerana air merupakan bendalir yang membawa toksik toksik keluar dari badan melalui perpeluhan, urin atau najis.


3) Elakkan mengambil makanan yang mempunyai kandungan protein dan lemak yang tinggi kerana ketika proses pembersihan toksik ia memerlukan paras tenaga yang optimum. Protein dan lemak memerlukan tenaga yang tinggi untuk menghadamkannya dan ini secara tidak langsung mengganggu keperluan tenaga yang digunakan untuk pengeluaran toksik.

4) Berus kulit badan dengan berus yang lembut untuk merangsang sistem limfatik dan pengaliran darah di bahagian kulit.

5) Mandi dengan air suam kerana ia menggalakkan pembukaan pori pori kulit bagi mengeluarkan toksik yang perlu dibebaskan.

Apabila meningkat umur seseorang, semakin berkurangan kandungan kolagen di dalam tubuh. Jadi, amat penting bagi kita mengambil kolagen. Namun, kita harus berhati hati dan lebih peka ketika mengambil kolagen supaya tidak mudah tertipu dengan lambakan produk kolagen yang ada di pasaran. Pastikan kolagen yang diambil itu selamat dan diiktiraf pakar memandangkan banyak lambakan produk fake di pasaran. Diharapkan perkongsian ini sangat membantu untuk anda yang ingin mengambil kolagen.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.