Hai semua!
PASKAL The Movie Filem Tentera Terbaik dan Tidak Membosankan kalau korang tonton. Sabtu lepas Mimi dan keluarga tonton PASKAL The Movie di TGV Aeon Seremban 2. Mimi beli tiket jam 1.45pm. Kira sempatlah nak jalan jalan beli barang lain dan makan.
Sebelum tonton wayang kitorang singgah makan dulu di The Chicken Rice Shop. Selesai makan Mimi singgah Popular beli novel dan buku anak anak. Settle di Popular singgah Watsons pula beli foundation, deodoran dan maskara. Stok lama dah habis. Sempat juga upgrade kad keahlian Watsons. Nanti share entry lain lah ya.
Semua urusan settle ngam ngam pukul 1.33pm. So, Mimi dan Auni cepat cepat pergi TGV. Suami Mimi, Aina dan Adhwa tak tahu mana pergi. Sampai TGV Mimi call suami suruh dia datang terus ke TGV sebab dah mula kena masuk hall. Kali ni Mimi book twin seat pula. Bagi anak anak selesa duduk kerusi luas.
Hall memang penuhlah. Masing masing teruja nak tengok PASKAL The Movie. Nak tengok sejauh mana kualiti filem ketenteraan ni kan. Bagus ke tidak seperti filem filem lain.
REVIEW PASKAL THE MOVIE
![]() |
Credit : Google |
Mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Rahmat, seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas. Apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan. Misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden.
Apa yang best filem PASKAL THE MOVIE ni merangkumi semua perasaan tau. Marah, sedih, gembira, cemas, semua bergabung jadi satu. Kalau sedih memang akan rasa sedih. Mimi ada menangis jugalah.. Sikit je.. Kalau part diorang bertempur tu perghhh tabiklah.. Berdebar pula rasa. Memang filem ni terbaik antara filem filem ketenteraan yang ada. Mimi bagi 9.5/10. Eh memang terbaik lah. Kawan Mimi ada yang tengok dua kali. Best katanya. Mimi pun rasa macam nak repeat tengok je tau.
Buat korang yang belum tengok PASKAL The Movie, apa kata cepat cepat tengok. Rugi wei kalau tak tengok. Memang ini merupakan filem aksi terbaik yang Mimi tengok setakat ni. Rasa macam kita sekali ada dalam situasi tu. Memang menjiwai lah. Bukan senang nak bergelar tentera ni. So, filem ni boleh bangkitkan semangat patriotisme dalam diri korang. Mana tahu kan. End credit filem ni semua penonton dalam wayang beri tepukan tanda mereka berpuas hati dengan filem PASKAL The Movie ni. Mimi pun tepuk tangan sekali sebab memang tabik spring pada semua crew yang terlibat bagi menjayakan filem ni. Yang belum tengok cepat cepat tengok. Confirm tak rugi.