St. Ives Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub | Hai semua! Semua tahu asas penjagaan kulit muka kan iaitu membersih, menyegar dan melembab. Tapi jangan lupa tentang kepentingan skrub dalam penjagaan kulit muka. Sekurang kurangnya skrub 2 hingga 3 kali seminggu. Ia penting untuk menyingkirkan sel kulit mati supaya muka nampak segar dan tidak kusam. Bercerita mengenai skrub ni, Mimi memang menggunakan skrub dari St. Ives dari dulu lagi. Mimi guna yang apricot tu. Sekarang ni, Mimi cuba pula St. Ives Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub.
St. Ives Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub
St. Ives Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub |
Sekarang ni St. Ives telah mengeluarkan 6 rangkaian skrub yang terdiri daripada pelbagai fungsi dan warna iaitu :
1. FRESH SKIN Apricot Scrub
2. ACNE CONTROL Apricot Scrub
3. ENERGIZING Coconut & Coffee Scrub
4. RADIANT SKIN Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub
5. WHITEHEAD CLEARING Green Tea Scrub
6. GENTLE SMOOTHING Oatmeal Scrub & Mask
![]() |
St. Ives Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Ornage Scrub |
Yang Mimi guna sekarang ni of course lah St. Ives RADIANT SKIN Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub. Selain daripada packaging yang menarik hati Mimi ( pink tetap pilihan hati! ) baunya yang wangi dan lembut buat Mimi jatuh suka. Butiran skrubnya juga halus dan tidak kasar. Bila sental muka dengan skrub, terasa lembut saja pada muka. Struktur skrubnya yang halus dan tidak kasar terasa hari hari nak skrub muka. Tapi ingat tau jangan buat hari hari! Cukup seminggu dua hingga tiga kali.
Jom sental muka dengan St. Ives Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Orange |
Muka happy duk sental muka dengan skrub |
Lepas sental muka dengan St. Ives Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub ni kulit muka memang rasa lembut dan halus saja macam kulit bayi tau. Mimi memang leka kalau gosok gosok pipi lepas skrub. Lembutnya tu tak terkata. Selain daripada tu, segala kekotoran pada muka pun hilang. Dah sebulan Mimi gunakan skrub dari St. Ives ni, memang berbaloi beli dan pakai. Dari dulu memang skrub St. Ives ni jadi pilihan utama Mimi tau.
Selepas sental muka dengan St. Ives Radiant Skin Pink Lemon & Mandarin Orange Scrub |
Produk St. Ives ni boleh didapati di semua Watsons dan Guardian store seluruh Malaysia. Nak tahu maklumat lanjut mengenai 6 skrub St. Ives ni boleh juga layari :
Website :
Facebook :
Instagram :