BRAZIL RIO BURGER BEEF DAN CHICKEN SEDAP KE? | Hai semua! Dah try ke menu baru di McD Rio Burger tu. Mimi dah makan kedua dua jenis daging dan ayam. Mesti ada yang belum cuba dan tertanya tanya Brazil Rio Burger beef dan Chicken sedap ke? Of course sedap you alls!
BRAZIL RIO BURGER BEEF DAN CHICKEN SEDAP KE?
Brazil Rio Burger Beef Mimi makan masa keluar tengok wayang waktu rehat panjang hari Jumaat. Balik dari tengok wayang kami singgah McD, order makan. Drive thru je sebab rushing nak masuk office.
Apa yang Mimi puji dengan McD ni selain daripada packaging yang menarik, ia juga menjaga kualiti makanan dan kebersihan makanan. Tengok contoh packaging burger cukup. Dah ditutup dengan kotak cover pula dengan kertas bungkusan. Good job McD!
Serius cakap, Mimi jatuh suka dengan Rio Burger ni tau korang. Dagingnya terasa juicy, bahan yang ada penuh dan puas makan lah. Pedasnya perghh meletop! Pendek kata, macam mana rupa dalam iklan dalam tv macam tu rupa Rio Burger in reality! Puas hati sangat!
Tada!
Tengok rupa pun dah nampak sedap. Belum makan lagi kan. Selain Rio Burger Beef, Mimi dah try Rio Burger Chicken. Pun sedap juga!
Rio Burger Chicken Mimi order kat drive thru juga. Makan di rumah je. Anak anak Mimi orderkan Happy Meals!
Ni pula rupa Rio Burger Chicken. Geram aje tengok. Serius memang puas hati makan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Kalau suruh Mimi pilih antara Rio Burger Beef dan Rio Burger Chicken, Mimi more pada Rio Burger Beef sebab pedasnya tu, adoi buat rasa dunia ni Mimi punya. Memang sukalah makan pedas. Nikmat tak tahu nak cakap! Yang belum try Rio Burger cepat cepat singgah McD berdekatan. Rugi tak cuba!
Psssstt dah try ke menu baru Mexican Burger di McD tu? Mimi dah try.. Sedapppp