Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Jejak Kasih di Hari Raya Kedua

$
0
0
JEJAK KASIH DI HARI RAYA KEDUA | Hari ni cerita kisah Hari Raya kedua pula. Satu kenangan manis yang tidak boleh dilupakan. Sebelum ni Mimi adik beradik hanya kenal makcik dan pakcik sebelah mama saja iaitu adik beradik mama. Keluarga sebelah ayah pula kitorang tak pernah tahu dan kenal pun. Ada tak ada pun yang Mimi ingat ingat lupa adik tiri ayah yang Mimi panggil Cik Nyah. Tu pun sebab sama sama tinggal satu blok di kuarters TLDM suatu masa dulu, pasal keluarga lain tak pernah tahu pun. Sebab apa? Panjang ceritanya. 

Keluarga besar ayah 


Siapa sangka kan,  berlaku pertemuan JEJAK KASIH DI HARI RAYA KEDUA di kampung. Menurut cerita ayah, dia ada adik beradik sama ibu. Arwah nenek (ibu ayah) kahwin sebanyak empat kali (kahwin dan berpisah). Suami pertama ada dua anak, suami kedua seorang anak iaitu ayah Mimi,  suami ketiga dapat seorang anak. Dan perkahwinan dengan suami yang akhir (duda anak 9 kalau tak silap)  ada tiga orang anak. Kira adik beradik seibu ayah Mimi ada tujuh orang. Tiga orang telah meninggal jadi tinggal empat orang masih ada. 

Ayah pernah jugalah jumpa adik beradik yang dah meninggal tu cuma kitorang adik beradik saja lah tak pernah jumpa tiga orang arwah pakcik. Tapi,  dapat jumpa induk induk dan pakcik yang ada pun syukur.

Mimi dan adik bersama Induk Zana


Masa Raya kedua tu untuk pertama kali Mimi dan adik adik dapat bertentang mata dengan adik beradik ayah yang kitorang tak pernah jumpa dan kenal berpuluh tahun lamanya. Yang paling sedih mestilah ayah. Sejak dia menamatkan perkhidmatannya dalam TLDM, terus dia lost contact dengan adik beradiknya yang lain. Seumur hidup Mimi,  tak pernah tengok ayah nangis. Tapi masa Raya Kedua tu Mimi nampak ayah menangis teruk sampai masuk bilik. Mimi dah nampak tu terus lari ke dapur sebab takut nangis sekali. Nampak je macam kuat hati sado tapi orang nangis confirm Mimi nangis sekali..hahaha.

Mimi dengan induk Niza adik ayah


Alhamdulillah,  pertemuan kitorang berjalan dengan lancar. Kitorang adik beradik jamu diorang semua dengan Nasi Hujan Panas,  Ayam Masak Merah, Jelatah,  Kek, Biskut Raya dan Air Sirap. Pada pertemuan tu,  sempat juga kitorang beramah mesra. Mimi pun berkesempatan berjumpa dengan sepupu sepupu yang langsung Mimi tak pernah jumpa. Tak sangka selama ni adik adik ayah tinggal di Johor. Lepas ni,  kitorang boleh dah beraya atau makan angin di Johor pula.

Ayah,  Induk Zana,  Induk Niza,  Pakcik Zani,  Cik Nyah,  Mama


Lama juga diorang bertandang ke rumah kitorang. Banyak cerita yang nak dikongsikan selama berpuluh tahun tak jumpa kan. Sebelum balik sempat juga kitorang ambil video beramai ramai dan bergambar. Tak tergambar dengan kata kata rasa gembira dan terharu berjumpa dengan keluarga ayah. Yelah selama ni Mimi dan adik adik tahu ayah cuma anak tunggal saja tapi tak sangka pula ada adik beradik seibu.

Cuma impian ayah nak jumpa bapa kandung tak kesampaian. Arwah nenek pernah janji nak bawa ayah jumpa bapa kandung tapi nenek dah bertemu penciptaNya terlebih dahulu. Sampai sekarang ayah tak dapat jumpa bapa kandung dia. Entah masih ada atau tidak. Yang ayah tahu,  bapa kandungnya ada keluarga di Kuala Pilah. Area mana tak tahulah. Ayah cakap dia ada adik beradik sebapa tapi tuhlah kan tak ada rezeki nak kenal. Nak cari pun macam tak berbaloi sebab tak ada sebarang petunjuk nak jejak bapa kandung ayah.  

Walau bagaimanapun, kitorang tetap bersyukur sebab dapat jumpa dan kenal adik beradik seib, ayah. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Hopefully , lepas ni dapat jumpa diorang lagi. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


UPDATE SC IDOL: TWO BECOME ONE


KASAMBAHAY BILL IN THE HOUSE


Girasoles para colorear


Presence Quotes – Positive Quotes


EASY COME, EASY GO


Love with Heart Breaking Quotes


Re:Mutton Pies (lleechef)


Ka longiing longsem kaba skhem bad kaba khlain ka pynlong kein ia ka...


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


FORTUITOUS EVENT


Pokemon para colorear


Sapos para colorear


Smile Quotes


Letting Go Quotes


Love Song lyrics that marks your Heart


RE: Mutton Pies (frankie241)


Hato lada ym dei namar ka jingpyrshah jong U JJM Nichols Roy (Bah Joy) ngin...


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes