NOVEL ANDAINYA TAKDIR 2| Hai korang! Lama betul rehat dari update blog. Hari ni moh ler rajinkan diri update blog. Korang pernah tengok drama Andainya Takdir di televisyen tak? Mimi tahu drama ni ada ditayangkan tapi Mimi tak tengok sangat sebab tak suka tengok adegan isteri kena pukul dengan suami yang cemburu buta dan baran. Sekarang ni ada sambungan drama ni Andainya Takdir iaitu Andainya Takdir 2. Disebabkan Mimi jarang tengok televisyen so, Mimi beli NOVEL ANDAINYA TAKDIR 2 jela.
NOVEL ANDAINYA TAKDIR 2
![]() |
Novel Andainya Takdir 2 |
Bercinta tau Mimi nak habiskan novel tebal Andainya Takdir 2 ni. Dulu masa bujang sehari boleh habiskan. Sekarang ambil masa sampai seminggu kadang sampai sebulan. Dulu kalau beli 3,4 novel confirm habis baca semua. Sekarang kalau beli novel 3,4 buah, simpan dulu di rak buku buat pekasam. Ada masa baca, tak ada masa duduk diam diam dekat rak tu.
SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR 2
Andainya Takdir 2 mengisahkan tentang Airil yang berusaha untuk meraih cinta Fatihah kembali. Walaupun telah bercerai, Airil masih sayang dan cintakan Fatihah. Namun sebaliknya pada Fatihah. Selepas bercerai, dia berubah jadi seorang yang keras hati, dan ego kerana masih takut dan trauma dengan kejadian yang menimpanya ketika masih menjadi isteri Airil.
Kerana tidak tahan dengan sikap Airil yang masih mengawal segala perbuatan dan pergerakannya, Fatihah membuat keputusan berpindah dan bekerja di Terengganu. Di Terengganu, hidup Fatihah semakin kucar kacir kerana diganggu bosnya, Nizam yang meraih cintanya. Namun, Fatihah lebih menyenangi dan menyambut cinta Hafiz.
Airil pula tekad mengubah nasibnya dan merujuk doktor pakar berkaitan penyakit cemburu buta yang dihidapinya untuk meraih kepercayaan dan cinta Fatihah semula. Namun, dek kerana kecewa Fatihah tidak mahu menerimanya, Airil cuba menerima dan menyambut cinta Sofea.
Tapi, adakah Fatihah dan Airil bahagia dengan pasangan pilihan masing masing. Bertaut atau tidak cinta mereka hah korang kenalah beli novel atau tengok drama Andainya Takdir 2. Tak bestlah kan kalau Mimi bongkar ending cerita tak feel korang nanti. So far, Mimi suka Andainya Takdir 2 sebab tak ada adegan Airil pukul Fatihah. Cuma Airil adalah pukul lelaki yang ganggu Fatihah. Cuma jadi kesian pada Airil sebab asyik kena marah dengan Fatihah.
kKorang kalau jenis tak sabar nak tahu ending cerita beli sajalah novel Andainya Takdir 2 ni. Lagi puas hati. Macam Mimi beli sebab memang minat baca novel dan jarang tengok televisyen. Sekarang ni Mimi sambung baca novel lain pula yang diadaptasi ke drama juga. Nak tahu novel apa tunggu Mimi update nanti!