Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

SAMBAL MANGGA PEMBUKA SELERA BERBUKA PUASA

$
0
0
SAMBAL MANGGA PEMBUKA SELERA BERBUKA PUASA | Hai korang!  Sekejap saja dah Ramadhan ke 18. Lagi beberapa hari saja nak sambut Hari Raya. Rasa sesih pula Ramadhan nak tinggalkan kita. Sekejao sangat rasanya.  Setiap kali berpuasa masing masing akan kongsi resipi untuk berbuka puasa kan. At least boleh bantu orang di luar sana idea menu apa nak masak untuk berbuka nanti,  betul tak? Macam Mimi kadang kadang buntu juga nak masak apa untuk berbuka. Tapi nasib baik ada SAMBAL MANGGA PEMBUKA SELERA BERBUKA PUASA tau. 

Mimi dulu memang suka makan pedas tapi pedas yang so-so jelah. Kalau tahap sampai muka merah,  berpeluh peluh menahan pedas tu memang taklah nak makan. Tapi sejak preggy anak yang kedua memang Mimi lagi bertambah suka makan pedas.  Sampailah sekarang.  Masa cuti Wesak,  Mimi balik kampung di Melaka sekejap ada urusan dengan keluarga mertua.  Masa nak balik Seremban,  mertua kirimkan buah mangga.  Ada 5 biji kesemuanya.  Semua besar besar. Mangga ni kalau simpan lama akan jadi benyek kan.  

Hari Rabu lepas, masa dah nak siap siap masak juadah berbuka,  terpandang mangga. Bila pandang mangga,  tiba tiba teringat pula sambal mangga. Apa lagi,  terus siapkan bahan bahan nak buat sambal mangga untuk berbuka nanti. Walaupun hari tu dah masak kari sotong dan ikan cencaru goreng dengan sambal kicap tapi tetap juga nak buat sambal mangga. 

Sambal Mangga


Nak buat senang saja korang. Ada cili padi,  bawang merah,  belacan dan mangga dah cukup. Tak lupa sedikit garam.  Macam Mimi lebih suka guna bawang besar India. So,  bawang besar India dan cili padi Mimi sangaikan dalam kuali. Lepas tu tumbuk bagi lumat,  masukkan mangga tumbuk ala kadar. Masukkan sedikit garam!  Dah siap. Hah part belacan tu, Mimi tak letak pun sebab Mimi ak boleh makan belacan. Sensitif!  Tapi kalau korang suka,  sebelum tumbuk belacan dengan bawang dan cili padi,  sila bakar belacan tu dulu ya. Dah bakar baru tumbuk. Kalau ada belacan lagi umpp rasa sambal mangga tu tau korang. Kalau tak ada belacan sedap juga tapi tak umpp lah kan. Yang penting cili padi mau banyak dan terangkat rasa dia. Kalau tak tahan pedas letak sikit jela cili padinya.  Macam Mimi untuk satu mangkuk kecil tu,  Mimi letak 5 biji cili padi. Hah,  memang pedas! Barulah thrill. Tapi jangan amalkan selalu tau tak elok! 

Korang ada resipi sambal yang sedap tak nak kongsi? Mana tahu boleh beri idea Mimi nak buat untuk menu berbuka hari ni pula. Sejak dua menjak ni memang duk gila nak makan sambal tak kisah sambal jenia apa pun. Janji sambal!  Korang dah fikir ke apa menu berbuka hari ni? Mimi belum fikir lagi. Tengah cari idea lagi ni. Jangan lupa kongsi idea sambal apa yang sedap tau! 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669