Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

MINI GATHERING DI AN-NUR'S KITCHEN AYER@8 PUTRAJAYA

$
0
0
MINI GATHERING DI AN-NUR'S KITCHEN AYER@8 PUTRAJAYA | Hai korang! Esok kita akan menyambut bulan Ramadhan dan bermulalah hari pertama untuk kita berpuasa. Jadi, Mimi up cerita ni cepat cepat takut korang terliur pula. Hari Ahad awal bulan Mei, Mimi berkesempatan join Mini Gathering di An-Nur's Kitchen Ayer@8 Putrajaya untuk GSL Warrior. GSL tu stand for Group Support Like ya. Walaupun mini gathering ni ada yang tak dapat join kerana tinggal jauh di utara, kekangan masa dan masalah kesihatan keluarga tetapi tetap havoc.

MINI GATHERING DI AN-NUR'S KITCHEN AYER@8 PUTRAJAYA


MINI GATHERING DI AN-NUR'S KITCHEN AYER@8 PUTRAJAYA


Sebelum ni dah banyak kali GSL Warrior plan nak buat gathering tapi banyak kali tak kesampaian memandangkan masing masing sibuk. Alhamdulillah, akhirnya mini gathering yang sekian lama dirancang berjaya juga direalisasikan. Mimi bertolak dari Seremban pukul 1.40 petang dan sampai di Ayer@8 Putrajaya lebih kurang pukul 2.20 petang. Kalau guna Google Maps senang saja korang. Memang terus sampai betul betul di Ayer@8.

Sebenarnya dah banyak kali Mimi datang Putrajaya tapi Mimi tak pernah sampai kawasan Ayer@8 pun tau. Ni baru pertama kali sampai. Restoran An-Nur's Kitchen ni terletak berhampiran Tasik Putrajaya. Kira korang boleh menikmati makanan di An-Nur's Kitchen sambil tengok tasik, belon panas dan Cruise. Anak anak memang teruja dan seronok sangat. Seronok diorang tengok tasik dan belon panas sambil makan. Tak lupa Mimi nak ucapkan terima kasih kepada owner dan semua An-Nur's Kitchen kerana melayan kitorang dengan baik sekali.

MINI GATHERING DI AN-NUR'S KITCHEN AYER@8 PUTRAJAYA


An-Nur's Kitchen ini merupakan restoran Seafood Lambak Fanatics yang terkenal di Putrajaya tau korang. Ia juga mempunyai beberapa cawangan di Lembah Klang. Apa yang menarik mengenai An-Nur's Kitchen ni ialah semua seafood yang dihidangkan sangat segar kerana dibeli secara pukal daripada pembekal Melayu di Kuala Selangor. Kitorang dihidangkan lebih dari 10 hidangan tau. Memang banyak sangat makanan pada hari tu tapi tak semua dapat rasa sebab perut dah penuh. Selain daripada menyediakan Seafood Lambak, An-Nur's Kitchen juga menyediakan pelbagai variasi makanan Thai dan Western.

MINI GATHERING DI AN-NUR'S KITCHEN AYER@8 PUTRAJAYA


Susun atur di dalam An-Nur's Kitchen juga sangat kemas dan teratur. Sesuai untuk bawa seisi keluarga datang makan di sini sambil bersantai. Okey, dah cerita serba sedikit mengenai An-Nur's Kitchen, jom tengok pula menu menu yang dihidangkan untuk kitorang.

MENU SEAFOOD LAMBAK

Seafood Lambak Set Pangkor

Seafood Lambak Set Pangkor
Lobslter Butter Milk
Baby Lobster Butter Milk

MENU AN-NUR'S KITCHEN

Selfie dengan menu yang ada


Siakap Padprik

An-Nur's Seafood Special

Udanng Telur Masin

Sotong Goreng Tepung


Tomyam Campur

Ayam Kari Thai

Brokoli Udang

MENU WESTERN

Spaghetti Carbonara

Sizzling Lamb Grilled

Mushroom Omelette

Kid's Junior (Drummet, Nugget, Fries)

Selesai makan, kitorang ahli GSL Warrior adakan sesi bertukar tukar hadiah dan sesi bergambar pula. Memang seronok sangat mini gathering yang diadakan kali ni walaupun tak cukup korum. Hopefully lepas ni, untuk gathering yang akan datang semua ada. Mesti lagi havoc.

Sesi bertukar hadiah

Sesi bergambar


Mesti korang tertanya berapalah harga semua menu yang ada di An-Nur's Kitchen ni kan. Korang tak perlu risau sebab Mimi dah snap semua menu yang ada siap dengan harga sekali.

MINI GATHERING DI AN-NUR'S KITCHEN AYER@8 PUTRAJAYA

MINI GATHERING DI AN-NUR'S KITCHEN AYER@8 PUTRAJAYA

MINI GATHERING DI AN-NUR'S KITCHEN AYER@8 PUTRAJAYA

MINI GATHERING DI AN-NUR'S KITCHEN AYER@8 PUTRAJAYA

MINI GATHERING DI AN-NUR'S KITCHEN AYER@8 PUTRAJAYA

MINI GATHERING DI AN-NUR'S KITCHEN AYER@8 PUTRAJAYA


Terima kasih sekali lagi diucapkan buat owner dan semua staf An-Nur's Kitchen kerana menaja lokasi dan makanan serta memberi layanan yang baik kepada kitorang.

Buat korang yang nak datang bawa family datang sini memang takkan memyesal sebab semua makanan yang dihidangkan memang best best. In shaa Allah Mimi pun nak bawa family makan makan di sini lagi.

Alamat :
An-Nur's Kitchen (Masakan Thai Panas dan Western)
C1-G-5, Kompleks Perniagaan (Ayer@8),
Jalan P8G1 Presint 8,
62100 Putrajaya.

Seafood Fanatics - Seafood Lambak Style
C1-G-6, Kompleks Perniagaan Ayer@8,
Jalan P8G1, Presint 8,
62100 Putrajaya

Masa Operasi :
12.00 tengahari - 11.00 malam
(Setiap hari)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669