PENGALAMAN BARU BETUGAS SEBAGAI PETUGAS PRU | Hai korang! Syukur berakhir sudah PRU Ke-14. PM baru pun selesai angkat sumpah malam tadi. Syukur doa kita sebagai rakyat Malaysia termakbul.
![]() |
Pas petugas PRU |
Dah dua hari Mimi senyap saja tak update blog. Sibuk sebab terlibat dengan penugasan PRU. Mimi terlibat sebagai Kerani Pengundian/Mengira Undi. Anak anak terpaksa Mimi hantar balik PD sebab tak ada siapa nak jaga. Takkan nak tinggalkan di rumah kan. Sampai malam tau bertugas.
Mimi keluar rumah pukul 5.45 pagi. Selesai tugas dan sampai PD pukul 10.06 malam. Sampai saja, anak anak dah tidur. Badan letih, kaki sakit, pinggang sakit tak payah cakap. Nak nak Mimi pernah operate dulu, lagi lah sakit. Nasib baik kami boleh tukar tukar kerja. Bukan stay dengan satu tugas saja. KP1 sampailah KP4 kami gilir gilir ambil tempat.
![]() |
Selfie sebelum mula bertugas |
Alhamdulillah, Mimi dapat kawan kawan KP yang gila gila dan KTM yang bagus. Ejen ejen yang dilantik pun alhamdulillah bagus. Memang satu pengalaman yang baru bagi Mimi. Boleh tengok pelbagai reaksi dan ragam para pengundi. Walaupun penat tapi seronok! Memang satu pengalaman baru. Kali ni Mimi undi pos saja. Sebelum ni undi awal. PRU akan datang, nak merasa lagi pengalaman ni. Seronok sangat.
Tahniah buat semua rakyat Malaysia di atas perlantikan Perdana Menteri Ke- 7, Tun Dr Mahathir Mohamad.