Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Blogger Anil Wanina Yang Mimi Kenali

$
0
0
Blogger Anil Wanina Yang Mimi Kenali | Assalamualaikum dan hai korang! Lama sangat entry ni bersapau dalam draf. Kali ni Mimi nak sudahkan tugas yang tergendala tentang pendapat Mimi mengenai rakan blogger. Mimi nak kongsi cerita tentang BLOGGER ANIL WANINA YANG MIMI KENALI.

BLOGGER ANIL WANINA YANG MIMI KENALI

Blogger Kak Anil


Mimi tahu mengenai blog kak Anil lama dah. Masa blogwalking. Tapi kenal secara rapat tu tak lah. Apa entah lagi berjumpa empat mata. Mimi suka baca blog Kak Anil sebab dia rajin travel tau. Tapi Mimi lebih pada silent reader.

Banyak tempat yang Kak Anil pergi tau. Suka baca pengalaman Kak Anil. Beri inspirasi untuk Mimi travel tengok negara orang. Ditakdirkan tahun lepas Mimi join satu group di mana Kak Anil salah seorang ahli group tu juga. Dari situ lah Mimi kenal Kak Anil secara dekat. Kak Anil juga merupakan seorang ibu yang bekerjaya. Nak tau kerja apa sila tanya Kak Anil sendiri. Kak Anil sama juga macam Mimi part time blogger.



Alhamdulillah, akhirnya kitorang berjumpa empat mata juga ketika sama sama terlibat dengan Bufet Ramadhan di Bangi Golf Resort. Bukan setakat jumpa Kak Anil saja tau, blogger Kak Shuhaida a.k.a Kak Sue dan blogger Ana Suhana pun pertama kali Mimi jumpa. 



Kali kedua jumpa Kak Anil masa makan di Cyberview Resort & Spa, Jumaat baru ni. Kak Anil sangat peramah tau korang. Seronok kenal dan berkawan dengan Kak Anil tau. Korang ada yang masih belum kenal Kak Anil? Kalau belum korang boleh terjah blog dan media sosial Kak Anil seperti di bawah :

Blog :

Facebook :

Instagram :

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669