Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

200 HIDANGAN MEWAH DARI HIDANGAN MELAYU, BARAT DAN TIMUR HANYA DI BANGI GOLF RESORT

$
0
0
200 Hidangan Mewah Dari Hidangan Melayu, Barat Dan Timur Hanya Di Bangi Golf Resort | Hai korang! Baru baru ini Mimi berpeluang merasai keenakan menu iftar Ramadhan di Bangi Golf Resort. Terdapat banyak menu menarik yang dihidangkan tau. Masa tengok ke semua menu yang ada memang terliur sekejap di buatnya. Korang juga berpeluang menikmati menu menarik di BGR dengan harga serendah RM59.00 untuk dewasa dan RM29.50 untuk kanak kanak. Jom tengok antara 200 HIDANGAN MEWAH DARI HIDANGAN MELAYU, BARAT DAN TIMUR HANYA DI BANGI GOLF RESORT.


200 HIDANGAN MEWAH DARI HIDANGAN MELAYU, BARAT DAN TIMUR HANYA DI BANGI GOLF RESORT

Sempena Ramadhan ini, Restoran Bangi Golf Resort (BGR) akan menjamu para tetamu dengan hidangan eksklusif di Bufet Ramadhan yang akan bermula pada 19 Mei sehingga 13 Jun 2018.

Korang tak perlu ragu ragu untuk menikmati semua hidangan yang ada di Bangi Golf Resort kerana sejak 2009 lagi ia disahkan halal oleh JAKIM. BGR juga telah diiktirafkan sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Dato' Menteri Besar pada tahun 2017.

BGR juga terkenal dengan hidangan gastronomik yang menawarkan kepelbagaian dan kualiti. Restoran BGR sekali lagi menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari hidang Melayu, Barat dan Timur.

Mimi tak sabar nak kongsi dengan korang menu menu yang ada di BGR ni. Mimi sempat juga rasa beberapa menu yang ada. Nak makan semua memang tak mampu sebab banyak sangat tau korang. Ikut tekak nak makan semua tapi apa kan daya perut saiz kecil tak muat nak sumbat semua.

Kambing Bakar

Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak merupakan sajian eksklusif dan popular di kalangan para tetamu. Cef akan menghidangkan daging panggang dan sup kambing yang baru di masak tau korang. Selain daripada itu, korang boleh juga menikmati hidangan istimewa yang lain seperti Satay Daging, Satay Ayam, Kway Teow Goreng dan Mee Mamak yang dihidangkan secara langsung di depan tetamu.

Satay Daging


Satay Ayam

Fries Kway Teow


Korang juga boleh menikmati beberapa hidangan Melayu yang disediakan. Hidangan Melayu yang dihidangkan sangat istimewa tau korang kerana ia menggunakan bahan mentah yang di tanam sendiri di "Kebun dalam Bandar" berlokasi di premis Bangi Golf Resort di mana cef akan memetik sayur sayuran organik dan menghidangkannya ketika Bufet Ramadhan.

Nasi Kerabu atau Nasi Biru dihidangkan dengan ulam yang ditanam sendiri, ikan masin goreng, keropok ikan dan bahan hiasan yang lain. Warna biru pula dari kelopak Bunga Telang yang juga di tanam di kebun. Laksa Sarawak dan Laksa Singapore pasti akan memenuhi citarasa korang turut dihidangkan.


Laksa Sarawak

Lasak Singapore

Okey korang dah tahu menu hidangan Melayu yang dihidangkan. Jom tengok pula menu hidangan Barat pula. Untuk hidangan Barat, korang boleh menikmati keenakan Penne Carbonara dan juga Spaghetti Bolognese.

Penne Carbonara

Spaghetti Bolognese

Hidangan side dish yang menjadi pilihan tetamu dan Mimi juga pastinya Sous Vide Egg dan Mushroom Espuma. Mimi belum pernah lagi makan telur separuh masak yang direbus sempurna dan sesedap ni dekat mana mana tau. Inilah pertama kali Mimi rasa telur separuh masak yang sangat sedap! Rugi pula ambil satu saja.

Sous Vide Egg dan Mushroom Espuma

Untuk hidangan Timur, BGR menghidangkan Nasi Ayam Hainan di mana setiap ketulan ayam dimasak secukupnya, empuk dan berjus. Nasi yang dimasak sangat empuk dan diperkaya dengan lemak ayam menjadikan nasi kelihatan berkilau dan penuh rasa. Nasi Ayam Hainan turut dihidangkan bersama dengan sos bawang putih dan halia serta cili. Tidak ketinggalan juga kegemaran ramai, Daging Masak Lada Hitam dan menu baru BGR iaitu Filet Ikan Goreng dengan Sos Mentega.

Nasi Ayam Hainan

Deeo Fried Fish Fillet ith Golden


Untuk pencuci mulut korang boleh menikmati keenakan Churros Sepanyol dengan sos coklat pekat, Tiramisu Itali, pelbagai kuih muih Melayu, puding, agar agar dan buah buahan. Korang mesti rambang mata dengan pelbagai hidangan pencuci mulut yang disajikan.

Aneka kuih muih dan puding

Aneka kuih muih

Roll On Cake

Aneka Pencuci Mulut

Aneka kek

Menarik bukan hidangan yang disajikan oleh BGR. Ini sebahagian daripada menu yang ada tau. Ikutkan banyak lagi. Nak tahu banyak lagi menu mewah dan istimewa di BGR, apa kata korang bawa keluarga iftar di sini. Pasti tidak mengecewakan tau.

Sambil menikmati hidangan mewah dan sedap di BGR, para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan muzik "live" dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. Buat korang yang mengunjungi BGR, korang  tak perlu risau dengan parking kereta kerana lebih dari 800 lot parkir disediakan. Surau dengan ruang solat yang luas  juga disediakan untuk memudahkan dan memberikan korang keselesaan untuk menunaikan solat Maghrib. 

Sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini, Restoran BGR akan menyumbang sebanyak 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Bagi memenuhi janji mereka untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja bufet sehingga majlis selesai namun bekerja dengan konsep sifar pembaziran, Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan mana mana lebihan makanan dari Bufet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.



Buat korang yang ingin membuat tempahan iftar  di BANGI GOLF RESORT sempena Ramadhan yang bakal menjelma, korang boleh dapatkan maklumat lanjut seperti di bawah :  


Bangi Golf Resort Restaurant
No 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi
43650 Selangor Darul Ehsan

Tempahan dan Pertanyaan : 
1-700-81-8557
Email : 
sales@bgrrest.com
Laman Web : 
Facebook : 
Instagram : 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.