Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

ANEKA JUADAH ENAK MAJLIS MAKAN MALAM DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3

$
0
0
Aneka Juadah Enak Majlis Makan Malam Di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 | Hai korang! Baru baru ni Mimk berpeluang hadir dan dapat merasa ANEKA JUADAH ENAK MAJLIS MAKAN MALAM DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3. Majlis makan malam yang diadakan berjalan dengan lancar dan sangat meriah.


ANEKA JUADAH ENAK MAKAN MALAM DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3

Majlis dimulakan dengan kata aluan daripada pengacara majlis. Seterusnya ucapan aluan daripada pemilik UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 dan bacaan doa untuk memberkati majlis.

Kemudian kitorang dijemput menikmati juadah makan malam yang disediakan. Sambil menikmati juadah, majlis diserikan dengan penyampaian sijil khidmat cemerlang kepada staf UBE, sambutan hari lahir dan juga cabutan bertuah.



Kitorang dijamu dengan pelbagai menu yang sangat sedap dan cukup rempah dan rasanya. Semua ni juadah yang dihidangkan atas meja kitorang. Nak lihat secara dekat menu menu ni korang boleh tengok gambar gambar di bawah.

Nasi Kuning D'Raja

Ayam Golek
Daging Goreng Beriani

Kambing Masak Pedas

Buah Tembikai dan Epal

Buah dan asam

Ada juga gerai gerai di sekeliling dewan yang meletakkan pelbagai menu seperti Gerai Pembuka Selera, Gerai Penyejuk Tekak, Gerai Pencuci Mulut, Gerai Apam Balik "Kriuk Kriuk", Gerai Aiskrim "Cing Cing Cing", Gerai Kambing Juicy dan Gerai Mee Ketagih.



Gambar di bawah ni semua menu yang ada di Gerai Pembuka Selera tau. Memang membuka selera sungguhlah. Rambang mata dibuatnya. Semua menu nak di makan.

Sup Perut Berempah

Sambal Arab

Acar Arab

Ulam Timun

Banyak tau gerai yang ada. Menu malam tu pun banyak. Ada juga beberapa menu Mimi tak dapat nak rasa sebab perut dah penuh. Tak boleh masuk. Menu yang paling Mimi suka mestilah Nasi Kuning D'Raja makan pula dengan Ayam Golek dan Daging Goreng Beriani memang terbaik. Lepas tu, campur pula dengan Sup Perut Berempah lagi lah bertambah sedap. Semua menu sedap, cukup rasa rempahnya tak lebih tak kurang.

Untuk pencuci mulut, Mimi minum cendol dan makan kek. Mimi suka cendol. Sedap, pekat dan cukup rasa. Kek pula Mimi makan sikit je sekadar nak rasa.





UBE Banquet Hall D'Nilai 3 ini besar tau korang boleh muat sehingga 2000 pax. Apa yang best, selain daripada mengadakan majlis perkahwinan, korang juga boleh sewa dewan untuk majlis makan malam atau pun aqiqah. Yang Mimi suka, sudut mini taman permainan untuk anak anak yang ada di hujung dewan. Anak anak boleh bermain di hujung dewan sambil diperhatikan ibu bapa. Kira anak anak kecil tidak mengganggu sangat majlis yang ada.

Majlis makan malam yang diadakan di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 sangat happening tau korang. Diceriakan lagi dengan lagu Hari Raya gitu. Memang puas hati sangat tau kalau ambil pakej katering dan sewa dewan di UBE Banquet Hall  D'Nilai 3. Mimi ada update berkaitan pakej yang ditawarkan oleh UBE Banquet Hall D'Nilai 3 sebelum ni.

Baca sini : PAKEJ KATERING DAN SEWA DEWAN DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan : 

UBE BANQUET HALL D'NILAI 3

Lot 16660, Jalan Delima 1,
Kawasan Perindustrian Nilai 3,
71800 Nilai
Negeri Sembilan

Facebook :

Instagram :

No.Telefon : 
010-587 0000 / 010-700 7728 / 010-700 7738 / 010-700 7748

Email : 
ubebanquethall@gmail.com
ubecatering@gmail.com


Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Trending Articles


Girasoles para colorear


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Pokemon para colorear