Peningkatan Page View Blog di www.mimiazirah.com | Mimi mula berblog pada bulan Disember 2010. Masa tu, Mimi tertarik nak start berblog bila tengok kawan sekolah ada blog. Cantik sangat blog dia. So, dari situ tercetus nak berblog. Dulu berblog saja suka suka langsung tak fikir pun dari blog buat side income. Sekarang baru ada kesedaran. Bila dah mula serius dalam blog, banyak faktor Mimi ambil berat untuk majukan blog. Salah satunya ialah berusaha keras menaikkan page view di blog. Alhamdulillah, PENINGKATAN PAGE VIEW BLOG DI WWW.MIMIAZIRAH.COM amat memberangsangkan.
PENINGKATAN PAGE VIEW BLOG DI WWW.MIMIAZIRAH.COM
Mimi attach dekat sini page view blog Mimi dari bulan Oktober 2017 hingglah bulan Mac lepas. Sebelum ni Mimi rujuk page view pada blog tapi kawan kawan beritahu page view di Google Analytic lebih accurate.
![]() |
PV Oktober 2017 |
![]() |
PV November 2017 |
![]() |
PV Disember 2017 |
![]() |
PV Januari 2018 |
![]() |
PV Februari 2018 |
![]() |
PV Mac 2018 |
Dulu tak fikir langsung page view (PV) tu sangat penting bagi performance sesuatu blog. Sekarang baru faham dan sedar betapa pentingnya PV blog. Tapi tuhlah, bila Page view makin naik average time on page makin menurun pula. Penting ke tak ye? Banyak juga Mimi kena belajar untuk mantapkan blog.
Apa pun syukur sangat page view bulan Mac capai target yang Mimi tetapkan. Target nak cecah 30k page view tapi tak sangka lebih pula. Entry untuk bulan Mac pun tak banyak pun Mimi update ada 20++ entry saja. Untuk bulan April, Mimi target page view cecah 40k pula. Tak sabar nak tunggu hujung bulan April capai ke tak target Mimi tu.