Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Kebaikan Menabung Dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia

$
0
0
Kebaikan Menabung Dengan Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia | Mimi yakin dan pasti semua tahu apa itu SSPN1M yang telah ditubuhkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau lebih dikenali dengan PTPTN. Mimi nak kongsi dengan semua KEBAIKAN MENABUNG DENGAN SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL 1 MALAYSIA untuk anak anak.



Sebelum tu, jom imbas semula apa itu PTPTN dan SSPN1M. Untuk pengetahuan semua, PTPTN telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional 1997 (Akta 566) berkuatkuasa pada 1 Julai 1997. Ia berfungsi untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia.

Manakala SSPN1M ialah Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia yang dimana ia telah dijenamakan semula. SSPN1M terdiri daripada SSPN1M-i yang lebih dikenal sebagai SSPN-i dan SSPN1M-i Plus dikenali sebagai SSPN-i Plus. Ciri ciri produk masih dikekalkan dan masih relevan untuk penabungan pendidikan anak anak.

KEBAIKAN MENABUNG DENGAN SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL 1 MALAYSIA




Sebagai ibu bapa pastinya kita inginkan yang terbaik untuk masa depan anak anak kita. Banyak perkara yang akan kita lakukan untuk mereka antaranya ialah membuka akaun simpanan untuk mereka. Dan kenapa tidak kita sebagai ibu bapa memilih untuk menabung dengan SKIM SIMPANAN PENDIDIKAN NASIONAL 1 MALAYSIA kerana banyak kebaikan yang  boleh perolehi dengan membuka akaun SSPN1M-i.

Mimi memilih menabung dengan PTPTN SSPN1M-i untuk anak anak kerana kebaikan dan kelebihan yang diperolehi apabila membuka akaun dengannya.

KEBAIKAN PTPTN SSPN1M-i 




1) merupakan satu cara yang sangat mudah untuk anak anak memohon pinjaman pendidikan sekiranya mereka menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

2) skim ini menawarkan pelan simpanan yang sangat menarik

3) mempunyai perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan berjumlah RM1000 ke atas.

4) kadar dividen yang kompetetif 

5) simpanan terjamin oleh kerajaan

6) pemberian geran sepadan kerana memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) sehingga RM10,000 satu keluarga yang layak bagi akaun yang dibuka atas nama anak sebagai penerima manfaat

7) layak memohon pinjaman pendidikan PTPTN

Tahukah anda semua, kebaikan pelan simpanan ini sangat bagus jika kita membuka akaun SSPN1M-i kerana sebagai ibu bapa dan ibu bapa angkat/penjaga yang sah dari segi undang-undang, kita diberi pelepasan cukai sehingga maksimum RM6,000. Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada jumlah simpanan bersih bagi tahun semasa. Perlu diingatkan, sekiranya membuka akaun SSPN1M-i untuk diri sendiri tidak akan diberi pelepasan taksiran cukai.

Jadi, kenapa tidak kita mula menabung di SSPN1M-i untuk pendidikan anak anak sekarang. Bukan sahaja banyak kebaikan yang diperolehi malahan ia juga memberikan keuntungan kepada kita. Menabung merupakan satu amalan yang sangat bagus diamalkan. Jom ramai ramai menyimpan di SSPN1M-i.



Berita baik buat semua yang sudah mempunyai akaun SSPN1M-i, anda layak menerima Insentif Geran Sepadan RM500 dimana ia diperkenalkan pada 1 Januari 2081 sehingga 31 Disember 2018.

Untuk melayakkan anda menerima insentif ini, perlulah membuat simpanan sekurang kurangnya RM500 pada tahun 2018. Dan syaratnya mestilah mempunyai akaun SSPN1M-i dan penerima manfaat (tahun 2018) berusia 7 sehingga 12 tahun atau belajar di sekolah rendah.

Bagi mereka yang tiada akaun SSPN1M-i, boleh buka akaun secara online dengan melayari web www.ptptn.gov.my, di kaunter cawangan PTPTN yang berdekatan dan juga melalui ejen ejen sah yang dilantik mengikut syarat syarat pembukaan akaun yang ditetapkan.




Sebelum Mimi terlupa, sekarang ini sedang berlangsung kempen 1 SIMPANAN 3 CABUTAN dan berpeluang memenangi hadiah pelancongan dan ganjaran tunai melalui CABUTAN WOW! SSPN1M-i Plus. Untuk maklumat lanjut sila layari << WEB INI>>

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669