Panama Dance Haram | Sekarang ni kalau buka facebook ke instagram banyak sangat Panama Dance yang dilakukan pelbagai lapisan masyarakat. Baru baru ni Mimi berkesempatan tengok beberapa video Panama Dance yang dilakukan oleh pegawai awam yang bertugas dibawah Kementerian Kesihatan. Ada dari klinik kesihatan dan hospital. Kira diorang buat Panama Dance tu kira menyahut cabaranlah kan. Dari satu sudutnya memang bagus untuk kesihatan sebab ia boleh dianggap sebagai satu senaman sekaligus meredakan penat dan tekanan yang kita hadapi.
Itu dari sudut positif lah kan. Dari sudut negatifnya? Kita sebagai muslim boleh atau tidak melakukan Panama Dance tu?
Menurut Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, Panama Dance haram dilakukan kerana ia membabitkan percampuran lelaki dan wanita bukan mahram. Dengan berkongsi persembahan (video) di media sosial juga haram kerana menunjukkan susuk tubuh wanita yang sepatutnya boleh dilihat oleh mahram sahaja.
Apa yang Mimi tahu dna fahamlah kan, kalau nak buat Panama Dance tu boleh je kalau korang buat di rumah dengan anak anak atau adik beradik tanpa dilihat oleh orang yang bukan mahram. Yelah anggap sebagai buat senaman sambil berPanama Dance. Gasak korang nak buat gaya apa pun janji tertutup kan. Sama macam zumba lah korang. Apa pun kita nak buat elakkan daripada percampuran lelaki dan wanita bukan mahram.
Bagi Mimi simple saja, nak buat sesuatu kena fikir baik buruk tindakan kita. Kena ambil kira tentang hukum hakam juga. Nak buat zumba? Panama Dance? Buat sajalah tapi dalam rumah tanpa dilihat oleh orang yang bukan mahram. Thats it.