Quantcast
Channel: Mimi Azirah
Viewing all articles
Browse latest Browse all 669

Ulser Mulut Yang Menyakitkan

$
0
0
Assalamualaikum dan selamat pagi korang. Sihat tak semua? Mimi sihat je tapi mulut kena ulser pula. Bukan satu bukan dua tapi tiga. Nak makan memang tak selesa sebab sakitkan. Korang pernah tak kena ulser? Sakit dan rasa tak selesa kan? ULSER MULUT MEMANG MENYAKITKAN kan korang.

Mimi mula mula tak perasan oun kena ulser tapi bila tiba tiba rasa pedih memang syak mesti kena ulser. Sekali tiga tau. Bawah lidah sebelah kiri, kiri dan kanan bahagian atas mulut. Bila kena ulser ni mood memang agak swing tau. Tak ada mood nak cakap banyak. Orang cari pasal memang kena lah. Sebab kita dahlah menanggung sakit ulser mulut kan.



Apa sebenarnya punca ULSER MULUT YANG MENYAKITKAN ni? Antara punca ULSER MULUT ialah :

1) Cuaca panas dan kurang minum air

2) Kesilapan ketika memberus gigi dan dan menyebabkan luka dalam rongga mulut

3) Cedera pada mukut kerana tergigit atau terkena benda tajam

4) Alahan atau alergik

5) Stress

6) Perubahan hormon dalam badan

Ni antara punca ulser mulut tau. Kalau korang kena ulser mulut selalunya apa yang korang akan buat untuk merawat ULSER MULUT YANG MENYAKITKAN?

Macam Mimi kalau kena ulser Mimi akan minum banyak air dan letak garam. Memang pedih sangat sangat tau korang tapi itu saja cara yang Mimi akan buat kalau kena ulser. Luka kalau letak garam memang sakit kan tapi memang cepat elok. Ada sesetengah buat air garam dan berkumur kan. Mimi tak berkumur pun tapi terus letak garam dekat ulser. Memang azablah menanggung pedihnya.

Bila kena ulser, Mimi akan elakkan makan pedas sebab memang pedih kalau kena luka ULSER MULUT kan. Bila kena ulser kenalah paksa diri elak makan makanan pedas. Kalau tak lambat baik.

Ada juga bagi petua kalau kena ulser mulut kena sapu madu sebab itu cara yang paling berkesan untuk hilangkan ulser dengan cepat.

Korang ada petua lain tak untuk hilangkan ulser mulut selain daripada petua yang Mimi kongsikan? Boleh kongsi petua korang di sini. Mana tahu kita pun boleh amalkan. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 669